Monday, September 10, 2018

PRK Seri Setia : Hijrah Demi Kesatuan Dan Kemenangan

10 September 2018 Berita Utama
Ropikah Ahmad


KUALA LUMPUR, 10 Sept Kerjasama erat antara UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia tentunya memberikan satu sinar baru buat rakyat dalam mewujudkan imbang tara dalam pentadbiran kerajaan baru, kata Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor

Katanya, Semangat yang sama didakap oleh dua parti terbesar di Malaysia, UMNO dan PAS yang menginsafi dengan redha kekalahan pada PRU-14.

“Pengorbanan dituntut bilamana diuji dengan Pilihanraya Kecil dan di PRK N32 DUN Seri Setia jelas terlihat kuasa hijrah perjuangan yang ditunjukkan melalui peningkatan undi serta kemenangan besar di sesetengah PDM,”” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau yang mewakili Wanita UMNO Selangor turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr. Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang sentiasa istiqamah dalam membentuk kesatuan PAS-UMNO ini.

“Setinggi tahniah juga buat YBhg Datin Paduka Norkhaila Jalaluddin dan barisan jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO Petaling Jaya, dibantu sahabat dari kepimpinan Wanita UMNO Selangor dari Bahagian lain yang bertungkus lumus memastikan sokongan pengundi diberikan kepada PAS. Sesungguhnya undi sebanyak 9,698 yang diperoleh PAS adalah bukti kesatuan yang perlu diteruskan demi kepentingan Melayu dan Islam terus terjaga serta terbela.

“Teristimewa buat kepimpinan Muslimah PAS Pusat dan Negeri Selangor, semoga ukhuwah yang terjalin ini dapat terus diperkukuh dan dipererat sehingga ke peringkat akar umbi. In shaa Allah didoakan niat baik kita demi agama, bangsa dan tanahair dipermudah Allah SWT.”

Dalam hal ini beliau mengaitkan kepada umat Islam di Malaysia yang bakal menyambut hari yang penuh mulia, awal Muharram yang mana di dalamnya tercatat detik bersejarah Maal Hijrah iaitu kisah perjuangan yang membawa perubahan penting dalam dakwah Islam bilamana perpindahan yang menuntut kepada pengorbanan Rasullah SAW dan umat Islam yang dikecam dari kota Mekah ke Madinah.

“Wanita UMNO Selangor juga ingin merafak sembah setinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena Hari Keputeraan Agong Rasmi baginda pada hari ini. Semoga Allah lanjut usia Tuanku dan Malaysia terus aman makmur di bawah pemerintahan baginda. Aamin Yaa Rabbal Aalamiin,” katanya yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. 

MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-