Diterbitkan 30 Okt 2018, 1:15 petang
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau akan terus kekal setia bersama Umno meskipun semakin ramai rakan seperjuangannya keluar parti.
Penegasan itu sekali gus menolak spekulasi bahawa anggota parlimen Sembrong antara 40 wakil rakyat Umno yang bakal mengikuti jejak anggota parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU.
“Saya tegaskan sekali lagi saya tidak akan keluar parti. Mungkin dah seorang kurang dari (senarai) 40 itu.
“Orang putih kata kalau nak tahu actions speak lauder than word. Jadi action saya hari ini mana ada keluar parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin dilaporkan berkata, kira-kira 40 anggota parlimen Umno akan meninggalkan parti itu dan menyertai BERSATU.
Katanya, mereka sudah beberapa kali menemui Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepimpinan tertinggi lain parti itu, secara berseorangan atau berkumpulan.
Hishammuddin bagaimanapun berkata beliau dan anggota parlimen Umno lain mempunyai maruah dan tidak akan mengkhianati parti.
“Setiap wakil rakyat ada maruah mereka,” katanya.
Katanya, dakwaan wakil Umno akan menyertai BERSATU beramai-ramai sengaja dijadikan isu untuk memanaskan keadaan.
“Hari ini buat satu isu, dua, tiga hari panas. bila tidak benar mereka alih kepada isu lain pula,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.