Wednesday, October 24, 2018

Kelantan jawab, dulu Guan Eng ‘menangis’ minta bantuan pusat

Oleh Abdul Rahim Sabri

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (foto) mengkritik balas Lim Guan Eng yang mengungkit isu Kelantan gagal membayar gaji kakitangannya.Foto oleh Yusof Mat Isa

KOTA BARU, 23 OktKelantan memulang paku buah keras terhadap Lim Guan Eng berhubung isu permohonan bantuan kerajaan pusat susulan tidak mampu membayar gaji kakitangan negeri itu.

Timbalan menteri besar itu mengingatkan menteri kewangan agar tidak menuding jari kerana bekas ketua menteri itu “menangis” meminta bantuan Putrajaya ketika banjir 2017, lapor Utusan Online.

“Masa banjir di Pulau Pinang dahulu, beliau [Guan Eng] sampai menangis hubungi [timbalan perdana menteri waktu itu] Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita [Kelantan] tidaklah sampai menangis hendak minta bantuan daripada kerajaan Pusat,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada akhbar itu di sini.

Semalam Lim memaklumkan Kelantan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM913 juta.

Naib presiden PAS itu berkata menteri kewangan perlu memahami konsep federalisme dan “tidak patut” menuding jari pada Kelantan sahaja.

“[...] bagi saya ada niat jahat di sebalik kenyataan itu,” kata Mohd Amar lagi, dengan menambah laporan Majlis Kewangan Negara menunjukkan semua negeri menerima peruntukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-