Friday, October 19, 2018

KERAJAAN AKAN TUMBANG, RAKYAT HAKIM NEGARA

By watan 
on October 19, 2018


Kezaliman demi kezaliman Pakatan Harapan (PH) ke atas pemimpin musuh politiknya akan membuatkan kerajaan PH tumbang tidak lama lagi.

Ahli Parlimen UMNO Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi jelas menjadi mangsa fitnah pihak yang sedang berkuasa.

“Orang-orang dia seorang demi seorang dilepaskan, orang-orang kita satu demi satu diheret ke mahkamah. Adakah itu adil?

“Kerajaan hari ini akan tumbang, rakyat hakim negara, kita akan terus berjuang,” katanya di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ahmad Zahid didakwa atas 45 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan berkata wujud usaha untuk menekan presiden UMNO daripada terus mengukuhkan parti kerana pertuduhan yang dikenakan ke atas Ahmad Zahid jelas bermotifkan politik.

“Antara tuduhan itu menggunakan wang haram daripada yayasan untuk mendanai tempat-tempat tertentu. Antaranya ke mana? Untuk pembinaan masjid dan tahfiz.

“Jika inilah yang berlaku kepada pemimpin UMNO, kita akan terus bangkit berjuang bersama,” katanya.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-