Admin
November 14, 2018
Suara Tanpa Sempadan
KUALA LUMPUR – Kumpulan demonstrasi jalanan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang berarak sejauh 9 km dari Universiti Malaya ke Parlimen kecewa apabila hasrat mereka untuk bersemuka dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tidak tercapai.
Walaubagaimanapun Maszlee hanya menghantar wakilnya untuk menerima memorandum berhubung isu PTPTN sebagai platform mahasiswa meluahkan hasrat dan kekecewaan berhubung polisi kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini.
Ketika sesi penyerahan disampaikan oleh Presiden GAMIS, Faizuddin Zai kepada wakil Dr Maszlee, beliau mengambil peluang bertanyakan perihal usaha yang telah dibuat oleh menteri pendidikan itu mengenai polisi yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam belanjawan terhadap isu PTPTN.
Pegawai yang mewakili Menteri Pendidikan itu sukar menjawab pertanyaan Faizuddin dan menjaminkan memorandum tersebut akan disampaikan kepada Maszlee.
Faizuddin kemudian membidas itu polisi baharu kepada peminjam PTPTN yang disifatkan membebankan apabila masih perlu membayar pinjaman pada gaji RM1,000.
“Teman-teman walaupun sudah ramai yang berjumpa seperti yang dimaklumkan tadi.
“Kami telah berjalan 9 km untuk mengatakan protes bahawasanya anak muda ini memang tidak boleh hidup dengan polisi ini. Namun sampai sekarang masih belum ada lagi komitmen (Menteri Pendidikan), kalau ada sudah diberitahu.
“Kita sangat kecewa! kita minta Tun Mahathir ubah terus Maszlee Malik, keluarkan Maszlee Malik! Beliau hanya academician tidak layak jadi menteri, rosak punah pendidikan negara,” katanya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 memperkenalkan pembayaran balik PTPTN secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan kemudian sebelum ini akui gagalmengaku parti itu gagal menunaikan janji mengurangkan beban peminjam dengan membenarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi mereka yang mendapat gaji bulanan bawah RM4,000.

-SuaraTv
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.