Suara Tanpa Sempadan
Nur Effy
November 4, 2018
SHAH ALAM – Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Nor Adam menyindir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin susulan kenyataan mantan Ketua Pemuda UMNO itu yang mendakwa punca kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah disebabkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lokman berkata, kekalahan UMNO juga disebabkan parti itu mempunyai seorang Ketua Pemuda yang bodoh kerana langsung tidak membantu memberi penerangan kepada rakyat untuk memahami isu tersebut.
“Apa nak buat, ketika itu Datuk Seri Najib Razak mempunyai Ketua Pemuda yang bodoh yang langsung tidak cuba mengkaji tentang 1MDB dan menjelaskannya kepada rakyat. Dia hanya tahu untuk memilih warna stoking yang sesuai,” tulis Lokman di Twitter, membalas kenyataan Khairy.
Khairy sebelum itu menulis di Twitter bagi menyanggah kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan punca kekalahan UMNO-BN pada PRU14 yang lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH) sehingga rakyat terpedaya.
Tulis Khairy:
“We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Sekian.)
-SuaraTv
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.