|
Cadangan cukai eksais bagi minuman bergula akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata cadangan itu antara 12 dasar ke arah hidup sihat yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini.
Wan Azizah yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata ia adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan rakyat.
“Cukai ini belum diperincikan, kita nak bawa ke kabinet dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) akan memperhalusinya.
“Hasil cukai mungkin dimasukkan ke dalam dana Kumpulan Wang Disatukan,” beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri wakil 12 kementerian.
Menurutnya, beberapa negara seperti Brunei, Thailand, Filipina dan Mexico telah melaksanakan cukai berkenaan.

Laporan Bernama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.