Sunday, November 18, 2018

PERWAKILAN PKR HINA UMNO SEBAGAI PARTI TAHI

By watan
on November 17, 2018


Perwakilan PKR menjadikan pentas perbahasan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR, di Shah Alam pada Sabtu sebagai medan untuk menghina UMNO sebagai ‘parti tahi’.

Yasharudin Kosdi yang membangkitkan soal keahlian anggota PKR kini semakin bertambah termasuk mereka yang sebelum ini daripada UMNO menyifatkannya sebagai ‘langau-langau’ yang menghurung tahi.

Dia yang memetik kenyataam Timbalan Presiden UMNO ,Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan ‘langau’ parti itu sedang berterbangan selepas tewas dalam PRU14 lalu.

“Saudara tahu tak langau itu apa? kalau langau ini biasa menghurung apa?

“Dan sudah tentu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad) mengaku bahawa UMNO adalah sebuah parti tahi,” katanya.

Katanya, keahlian yang ramai dalam sebuah parti tidak menjamin kekuatan sesebuah parti.

“Jika UMNO boleh berbangga ada tiga juta ahli pun boleh rebah dan tumbang (pada Pilihan Raya Umum Ke-14).

“Pemimpin jangan leka dan lalai, ramai anggota baharu masuk ke parti kita belum tentu yang baharu itu ada roh perjuangan,” katanya.

Mohamad sebelum ini dalam satu ucapan yang dipetik Umno-Online melabelkan penyokong parti itu yang kini meninggalkan pertubuhan berkenaan sebagai langau.

Beliau berkata ‘langau-langau’ terbabit meninggalkan Umno selepas tiada lagi apa-apa yang boleh memberi keuntungan kepada mereka.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-