Showing posts with label Kongres Nasional PKR. Show all posts
Showing posts with label Kongres Nasional PKR. Show all posts

Friday, June 4, 2021

Kongres Nasional PKR buka tirai

malaysiakini.com
Diterbitkan 4 Jun 2021, 9:39 am
Dikemaskini 9:43 am

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020 yang berlangsung selama tiga hari membuka tirai persidangannya hari ini secara maya sepenuhnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ia sekali gus menjadi persidangan yang pertama kali diadakan sedemikian sepanjang penubuhan parti berkenaan yang kini menginjak usia 22 tahun.

Kongres tahunan berkenaan dimulai dengan persidangan Wanita dengan ucapan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diikuti ucapan dasar Ketua Wanita Fuziah Salleh.

Ia kemudian disusuli persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu dan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kedua-dua persidangan Wanita dan AMK juga akan mengadakan pemilihan 50 perwakilan setiap sayap untuk ke Kongres Nasional.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.

Anwar dalam ucapan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya semalam bersempena dengan kongres itu menyifatkan persidangan kali ini unik memandangkan ia berlangsung sepenuhnya dalam talian.

“Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahkan kita berkongres dalam keadaan baik dan selamat serta (mendapat) penyertaan yang membanggakan,” katanya.

Kongres berkenaan yang akan disertai seramai 2,400 perwakilan dan pimpinan PKR menerusi aplikasi Zoom dari kediaman masing-masing, sebelum ini dijadualkan berlangsung di Shah Alam, Selangor secara hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan juga secara maya.

Namun, disebabkan pelaksanaan PKP dan disusuli dengan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari bermula Selasa lepas yang dilaksanakan bertujuan melandaikan keluk Covid-19, kongres berkenaan terpaksa diubah format kepada secara dalam talian sepenuhnya.

- Bernama

Sunday, December 8, 2019

Ada 1,001 kisah sejarah kenapa petik kisah Si Kitul, soal Azmin

BERITA
News | Diterbitkan Hari ini 10:58 malam

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sekali lagi membangkitkan tindakan presiden parti Anwar Ibrahim membangkitkan kisah Si Kitul dan Raja Mandeliar dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional PKR ke-20 semalam.

"Kalau nak baca sejarah kita ada 1,001 sejarah lain, mengapa nak baca sejarah yang boleh memecahkan perpaduan dalam parti?

"Kalau saya boleh tunjuk contoh teladan yang baik, kalau kartel boleh tunjuk contoh teladan yang baik...," katanya disambut sorakan hadirin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Rennaisance Kuala Lumpur, malam ini.

"Saya bukan marah, saya geram," katanya lagi.

Program itu yang menghimpunkan pemimpin dan anggota parti yang menyokongnya, diadakan beberapa jam selepas sebahagian mereka tidak menghadiri hari terakhir kongres yang ditutup oleh Anwar.

Ketika kongres semalam, ratusan ahli PKR bertindak meninggalkan dewan ketika sesi perbahasan perwakilan.
Ia susulan beberapa pembahas yang menyuarakan kritikan yang dilihat ditujukan kepada Azmin.

Dalam sidang media tergempar yang diadakannya dan sekumpulan pemimpin lain, Azmin dan sejumlah pemimpin parti yang menyokongnya menyalahkan ucapan dasar Anwar - yang memetik kisah Si Kitul dan Raja Mandeliar - sebagai pembuka jalan kepada serangan oleh pembahas.

Mengulas lebih lanjut ucapan dasar Anwar, Azmin berkata ia tidak menyentuh isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

"Saya sendiri saksikan semalam, langsung tak sentuh soal perumahan, pekerjaan ekonomi dan pendidikan. Sedangkan saya tunjukkan contoh bila diberi amanah rasmikan kongres pemuda dan wanita, ia berjalan dengan baik.

"Saya tak sentuh mana-mana peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya tak sebut Si Kitul ke, Si Ketul ke, Si bendul ke," katanya.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapan dasarnya semalam antara lain ada menyebut soal PTPTN, Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dan kekalahan PH di PRK Tanjung Piai baru-baru ini.

Di hotel tempat PKR ditubuhkan, Azmin dan penyokong nyatakan pendirian

Alyaa Alhadjri, B Nantha Kumar & Fion Yap
Diterbitkan Hari ini 7:15 malam


BERITA

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya malam ini berkumpul di Hotel Rennaisance di Kuala Lumpur, tempat tertubuhnya Parti Keadilan Nasional 20 tahun lalu.

Perkumpulan itu, dengan mengambil kira pemilihan lokasinya, dilihat sebagai isyarat jelas terhadap para pengkritiknya, setelah berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-20 di Melaka tengah hari tadi.

Program itu beberapa jam selepas Azmin dan sejumlah pemimpin yang menyokongnya tidak menghadiri hari terakhir kongres yang ditutup oleh presiden parti Anwar Ibrahim.

Sejumlah 1,000 hadirin menyertai "majlis makan malam apresiasi" di hotel tersebut malam ini.

"Saya dan Tian Chua di dalam dewan ini pada 1999, Zuraida berada di sini, Sivarasa berada dalam dewan ini. Ramai lagi yang ada dalam dewan ini (pada masa itu).

"Tetapi 20 tahun kemudian, pada 7 Disember 2019, saya digelar pengkhianat," kata Azmin merujuk kepada ucapan Anwar di kongres semalam.
Dalam ucapan itu, Anwar membangkitkan kisah si Kitol dan Raja Mendeliar dalam sejarah Melaka, yang dilihat sebagai kecaman tidak langsung kepada Azmin.

Kisah itu menyebabkan para penyokong Azmin keluar dewan semalam, dan tidak hadir ke kongres pada hari ini.

Azmin yang menerima sambutan meriah sebaik tiba di dewan hotel itu, menegaskan bahawa PKR ialah milik rakyat.

"PKR bukan diasakan oleh seorang individu atau satu keluarga, ia diasaskan oleh rakyat," katanya.

[Berita lanjut menyusul]

Sunday, November 18, 2018

PERWAKILAN PKR HINA UMNO SEBAGAI PARTI TAHI

By watan
on November 17, 2018


Perwakilan PKR menjadikan pentas perbahasan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR, di Shah Alam pada Sabtu sebagai medan untuk menghina UMNO sebagai ‘parti tahi’.

Yasharudin Kosdi yang membangkitkan soal keahlian anggota PKR kini semakin bertambah termasuk mereka yang sebelum ini daripada UMNO menyifatkannya sebagai ‘langau-langau’ yang menghurung tahi.

Dia yang memetik kenyataam Timbalan Presiden UMNO ,Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan ‘langau’ parti itu sedang berterbangan selepas tewas dalam PRU14 lalu.

“Saudara tahu tak langau itu apa? kalau langau ini biasa menghurung apa?

“Dan sudah tentu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad) mengaku bahawa UMNO adalah sebuah parti tahi,” katanya.

Katanya, keahlian yang ramai dalam sebuah parti tidak menjamin kekuatan sesebuah parti.

“Jika UMNO boleh berbangga ada tiga juta ahli pun boleh rebah dan tumbang (pada Pilihan Raya Umum Ke-14).

“Pemimpin jangan leka dan lalai, ramai anggota baharu masuk ke parti kita belum tentu yang baharu itu ada roh perjuangan,” katanya.

Mohamad sebelum ini dalam satu ucapan yang dipetik Umno-Online melabelkan penyokong parti itu yang kini meninggalkan pertubuhan berkenaan sebagai langau.

Beliau berkata ‘langau-langau’ terbabit meninggalkan Umno selepas tiada lagi apa-apa yang boleh memberi keuntungan kepada mereka.

Wartawan Watan-Online

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-