Monday, November 5, 2018

Tidak Mahu Jadi Presiden Atau Perdana Menteri, Tapi Bersuara Sebagai Ahli Parlimen

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Admin
November 5, 2018


SHAH ALAM – Bukan mahu kembali memegang jawatan Presiden parti atau Perdana Menteri sebaliknya Datuk Seri Najib Razak menegaskan hanya mahu memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen.

Justery itu katanya beliau bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentang apa juga yang dilihat dapat membantu memperkasakan parti, membantu rakyat dan memperkasakan ekonomi negara.

“Saya nak jelaskan bahawa saya tidak ada hasrat nak kembali menjadi Presiden parti mahupun sebagai Perdana Menteri sebab saya telah pun memegang jawatan terebut lebih sembilan tahun

“Apa yang menjadi hasrat saya adalah untuk memberi pandangan dan juga idea-idea yang boleh membantu ke arah memperkasakan parti dan untuk mensejahterakan rakyat dan sekaligus untuk membangunkan ekonomi negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung di facebooknya sebentar tadi.

Najib menambah, beliau turut bertanggungjawab untuk memberi penerangan yang jelas dengan berlandasrkan fakta dan angka terhadap fitnah yang dilontarkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

“Lebih-lebih lagi dalam konteks kalau sekiranya ada fitnah, ada pembohongan, apa-apa fakta yang tidak betul sama ada sengaja atau tidak dilontarkan, jadi maka menjadi tanggungjawab saya sebagai warga rakyat Malaysia, yang bertanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, maka saya seharusnya memainkan peranan untuk membetulkan segala-gala yang pada pendapat saya perlu diberikan penjelasan yang tepat berdasarkan kepada angka dan fakta yang sebenarnya,” tambahnya.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu berharap semua pihak memberinya ruang untuk melontarkan pandangannya.

Mantan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam Twitternya baru-baru ini berkata kekalahan BN pada pilihan raya yang lalu adalah berpunca daripada 1Malaysia Development (1MDB).

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz kemudian senada dengan Khairy.

-SuaraTv

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-