Sunday, December 16, 2018

Exco Melaka nafi paksa pegawai Melayu mesyuarat di tokong

Diterbitkan pada 16 December 2018

Oleh Fathi Aris Omar

Foto tanpa tarikh yang tersebar di media sosial menunjukkan mesyuarat di sebuah tokong di Kampung Tengkera, Melaka.

MELAKA TENGAH, 16 Dis Exco kerajaan Melaka menafikan tohmahan beliau memaksa pegawai berlainan agama bermesyuarat isu banjir di sebuah tokong di Kampung Tengkera baru-baru ini.

Mengulas dakwaan tersebut bersama foto mesyuarat, Low Chee Leong menjelaskan mereka melawat kampung itu bagi meninjau isu banjir kilat tetapi cuaca tidak menentu.

“Kami secara rela hati menerima pelawaan pengurusan tokong itu dan semua yang hadir terus memasuki bilik mesyuarat tanpa ada paksaan untuk meneruskan sesi dialog dan berdiskusi...,” katanya kepada Sinar Harian.
Foto tersebut tersebar di media sosial Facebook dengan pelbagai tohmahan, antaranya wakil rakyat DAP itu memaksa pegawai Melayu dan suasananya “seperti di China”.

Low menyatakan beliau kesal apabila fakta diputar belit oleh pihak tertentu yang dilihatnya sengaja ingin mengganggu keharmonian antara kaum di negeri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-