Thursday, December 20, 2018

Hannah dan Sim kunjungi mufti minta nasihat

Haspaizi Zain
Diterbitkan 20 Dis 2018, 1:23 petang


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Dr Zulkifli Mohamad.

Kunjungan itu bagi mendapatkan pandangan dalam usaha menangani masalah sosial yang semakin membarah.

Pertemuan di pejabat mufti di Putrajaya hari ini itu antara lain bagi mencari penyelesaian terhadap isu sosial khususnya membabitkan golongan muda.

Hannah yang mengenakan baju kurung dan berselendang, mengemukakan data-data berhubung masalah sosial seperti kes kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan masalah mental.

Pada perbincangan itu mereka dijamu oleh pejabat mufti dengan makanan ringan termasuk buah kurma dan Hannah turut dipelawa Zulkifli untuk menikmati kurma terbaik dari Timur Tengah itu.

Zulkifli pada sidang medianya menyatakan komitmen untuk membantu kerajaan dengan menyumbang pandangan dan saranan bagi menangani isu berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-