Showing posts with label Hannah Yeoh. Show all posts
Showing posts with label Hannah Yeoh. Show all posts

Monday, February 3, 2025

Hannah bantah kenyataan 4 saksi dalam saman pensyarah UUM

freemalaysiatoday.com
Bernama
03 Feb 2025, 07:21 PM

Peguam menteri belia dan sukan itu berkata pernyataan saksi itu menyentuh perkara di luar pliding saman.
Hannah Yeoh memfailkan saman terhadap Kamarul Zaman Yusoff pada 2022 berkait dua hantaran Facebook yang dimuat naik pensyarah itu antara 10 Mei dan 17 Mei 2017.

KUALA LUMPUR: Hannah Yeoh memfailkan bantahan awal untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff dalam kes saman fitnah menteri belia dan sukan itu.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah selaku plaintif memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Aliza Sulaiman bahawa, pernyataan saksi tersebut menyentuh perkara di luar pliding saman itu.

Beliau berkata demikian semasa perbicaraan kes saman fitnah difailkan Hannah terhadap Kamarul Zaman sebagai defendan, berhubung dua catatan Facebook yang dibuat defendan pada Mei 2017.

Empat saksi itu ialah bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Gabungan Nasionalis Aminudin Yahaya; bekas eksekutif kanan Pusat Kajian Media Institut Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Harizal Hassan dan penulis bebas Helen Ang.

Sementara itu, peguam Khairul Azam Abdul Aziz mewakili Kamarul berkata beliau terkejut dengan bantahan yang dibangkitkan pihak plaintif hari ini.

Beliau berkata peraturan etika Majlis Peguam Malaysia menetapkan bahawa pihak lawan (defendan) perlu dimaklumkan lebih awal, jika terdapat sebarang bantahan awal yang ingin dikemukakan.

“Sehubungan itu, pihak kami mohon mahkamah memberi masa untuk kami menyediakan hujahan balas terhadap bantahan tersebut,” kata peguam itu.

Hakim kemudian memutuskan untuk mendengar hujahan lisan Sangeet hari ini, manakala Khairul diberikan masa sehingga esok untuk menyediakan hujahan balas.

Dalam saman yang difailkan pada 2022, Hannah berkata Kamarul memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei, 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Kamarul berkata kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu, kerana bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian.

Perbicaraan kes ini bermula pada 25 Nov tahun lepas dan hari ini merupakan hari keenam perbicaraan tersebut.

Tuesday, January 28, 2025

‘Sempena Tahun Baharu Lunar, maafkanlah Razman’, pemimpin PKR beritahu Hannah

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-28 Jan 2025, 01:21 PM

Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung berkata polemik dicetuskan pemimpin PAS itu jika tidak ditangani dengan konstruktif akan menjarakkan lagi sesama rakyat.
Razman Zakaria sebelum ini menuduh Hannah Yeoh ‘anak orang kaya’ dan ‘anak perempuan YTL’.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berpendapat Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tidak perlu meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria kerana beliau sudah meminta maaf secara terbuka.

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata Razman mengakui cubaannya mengaitkan Ahli Parlimen Segambut daripada DAP itu dengan keluarga Yeoh, konglomerat YTL Corporation Berhad berlaku tanpa sengaja.

“Kita harus sedar bahawa polemik yang cuba dicetuskan oleh Razman, jika tidak didepani dengan tepat dan konstruktif, bakal menjarakkan dan bukan mendekati sesama rakyat Malaysia.

“Kepada Hannah, sekarang merupakan masa terbaik untuk membalas sangkaan jahat dengan hati budi yang menonjolkan nilai saling memaafkan dan kemuliaan yang sebenar, khususnya sempena Tahun Baharu Lunar ini,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi video tular di media sosial, Razman yang juga Adun Gunong Semanggol mendakwa Yeoh ‘anak orang kaya’ dan ‘anak perempuan YTL’.

Yeoh kemudian membidas tuduhan itu dan memaklumkan akan menyerahkan notis tuntutan saman kepada Razman, walaupun beliau sudah memohon maaf secara terbuka.

Razman mendakwa laporan media berkait isu terbabit hanya mengambil kira 10 saat daripada 30 minit daripada ceramahnya.

Ucapan itu dibuat dalam program Gerak Muafakat Perak diadakan selama tiga hari membabitkan tiga dewan utama PAS.

Dalam pada itu, Lee turut menegur Razman supaya menyemak fakta dan mengenali budaya kaum lain sebelum membuat kenyataan terbuka memandangkan tuduhan fitnah bukan kali pertama dilakukan pimpinan PAS.

“Secara strukturnya, ianya berakar daripada alam kehidupan sesetengah rakyat yang jarang bergaul dan melibatkan diri dalam kegiatan silang budaya.

“Nasihat saya kepada Razman sebagai pemimpin politik adalah – semak fakta dan kenali budaya lain sebelum membuat kenyataan terbuka,” katanya.

Razman, tunggu surat saman saya - Hannah Yeoh

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 28, 2025 10:47 AM
Hannah Yeoh menyelar kesilapan terbaru oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang secara salah menyebut menteri belia dan sukan itu anak pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay.

Menerusi platform X, Yeoh memberi amaran tentang tindakan undang-undang terhadap Razman, yang semalam memohon maaf atas kesilapannya semasa ucapan selama 30 minit baru-baru ini, dengan satu minit petikan dakwaan tersebut menjadi tular.

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

"Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” kata ahli parlimen Segambut itu.
Semalam, pesuruhjaya PAS Perak itu mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai “anak YTL”.

Razman yang juga Adun Semanggol, Perak turut memohon maaf kepada Yeoh dan kumpulan YTL atas kesilapannya itu.

“Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja

“Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” katanya melalui satu kenyataan.
Razman dalam ceramah malam kelmarin mendakwa pemimpin DAP itu sebagai “anak YTL”.

Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay. Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.

Yeoh bagaimanapun menjawab “bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga.”

Mengulas lanjut, Razman bagaimanapun menyalahkan media kerana “mengerat” video panjang ceramahnya untuk dijadikan tajuk berita.
“Ucapan saya yang dipetik Malaysiakini adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama,” katanya.

Ini permohonan maaf kedua Razman kepada pemimpin DAP dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Pada 11 Disember lalu, Razman memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan pada 24 Okt.

Kenyataan kontroversi terbaru daripada Razman dibuat tidak lama selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, juga daripada PAS, membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.

Friday, March 8, 2024

Kecoh kerana selendang: Kita perlu galakkan perpaduan, kata Yeoh

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 8, 2024 11:29 AM
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Malaysia perlu berusaha memupuk perpaduan selepas dia dipersoalkan kerana berselendang ketika menghadiri sebuah majlis di Universiti Monash di Australia, ketika menjadi sebahagian daripada anggota rombongan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, sebelum majlis pada Isnin lalu itu, dia telah menghadiri satu acara lain di Kolej Al-Taqwa, sebuah sekolah Islam di Melbourne, yang memohon wanita supaya menutup rambut mereka.

Memandangkan wakil dari Universiti Monash tiba lebih awal, dan kerana tidak mahu lewat, Yeoh berkata dia tidak mempunyai masa untuk mendandan rambutnya, sekali gus membuat keputusan untuk terus berselendang.
"Keputusan mudah dan saya sedih kerana ini terpaksa dijelaskan di Facebook.

"Sebagai wanita, saya juga tidak mahu muncul dalam gambar media dengan rambut kelihatan kusut masai dan tidak terurus. Tolong hormati pilihan saya," katanya di Facebook semalam.

Menteri itu berharap keputusannya berselendang semasa acara tertentu tidak lagi dijadikan isu.

Pada 2021, Yeoh dikritik oleh rakan partinya, dari DAP, Dr Boo Cheng Hau kerana bertudung semasa lawatan ke masjid.

Boo mengibaratkannya sebagai percubaan untuk "memenangi hati orang Melayu".

Dalam respons kepada Boo, Yeoh, yang beragama Kristian, berkata bertudung di masjid tidak mengubah kepercayaannya.

Mengulas lanjut mengenai isu baru-baru ini, Yeoh menjelaskan bahawa sebagai sebahagian daripada anggota rombongan perdana menteri, mereka perlu hadir lebih awal daripada perdana menteri sendiri.

Mengikut jadual asal, dia mempunyai masa luang selama 15 minit sebelum mesyuarat dengan Universiti Monash bermula. Justeru, ini akan memberinya lima minit untuk mendandan rambutnya.

Bagaimanapun, mesyuarat itu kemudiannya dipercepatkan 10 minit berikutan ketibaan awal wakil universiti berkenaan, katanya.

"Saya berselendang sebagai menghormati rakan-rakan beragama Islam di tempat suci mereka. Saya memilih untuk terus berselendang kerana tidak mahu lewat untuk pertemuan dengan Monash dan perdana menteri.

"Ketepatan waktu dan protokol amat penting bagi saya," katanya.
[Baca berita penuh]

Wednesday, June 17, 2020

Wan Azizah pertahan bekas timbalannya berkait isu kahwin bawah umur

FMT Reporters
-June 17, 2020 6:24 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Putrajaya tidak melakukan intimidasi politik terhadap ahli Parlimen yang bersuara berkaitan isu rakyat.

PETALING JAYA: Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan bekas timbalannya, Hannah Yeoh yang disiasat polis berhubung tweet mengenai isu perkahwinan bawah umur dengan menggesa pihak berkuasa berlaku adil dan mengingatkan Putrajaya tidak melakukan intimidasi politik terhadap ahli Parlimen yang bersuara berkaitan isu rakyat.

Beliau mempersoalkan jika salah untuk Yeoh menyuarakan kebimbangan berhubung status Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur kerana Kelantan tidak bersetuju menaikkan had umur minimum perkahwinan.

“Tujuh negeri, iaitu Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan menyatakan tidak bersetuju dengan draf membabitkan pindaan Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 dengan menetapkan umur minimum perkahwinan wanita kepada 18 tahun.

“Adakah salah bagi Hannah Yeoh yang turut sama merangka pelan strategi tersebut bertanya mengenai status dan kemajuan pelan tersebut kepada Siti Zailah Mohd Yusoff?” soalnya dalam kenyataan hari ini merujuk pengganti Yeoh yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang di Kelantan.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, pelan berkenaan dilancarkan susulan kesukaran Putrajaya mencari penyelesaian berkaitan perkahwinan bawah umur kerana urusan perkahwinan umat Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Semalam, Yeoh memaklumkan beliau dipanggil Bukit Aman berhubung satu catatan Twitternya 3 bulan lalu mengenai perkahwinan bawah umur.

Dalam tweetnya pada 9 Mac lalu, Yeoh mempersoalkan apa yang akan berlaku kepada Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur selepas pelantikan penggantinya, Siti Zailah daripada PAS.

Bernama memetik Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid sebagai berkata, Yeoh dipanggil memberi keterangan pada 23 Jun ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur dilancarkan pada Januari lalu untuk memastikan peraturan, garis panduan dan undang-undang di peringkat negeri berhubung perkara itu sejajar dasar persekutuan.

Pelan itu mengandungi program dan tindakan untuk menangani 6 faktor yang dikenal pasti sebagai punca perkahwinan kanak-kanak seperti kemiskinan dan kekurangan akses kepada pendidikan.

Thursday, June 4, 2020

Hannah bidas komen Najib tentang kemungkinan RPU-15 bakal diadakan

FMT Reporters
-June 4, 2020 9:48 AM

Hannah Yeoh

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh hari ini membidas Najib Razak berhubung kenyataan mengenai kemungkinan pilihan raya umum ke-15 bakal diadakan.

Belau berkata Najib sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya ketika sebahagian rakyat diberhentikan kerja dan ramai ahli perniagaan bergelut untuk bertahan ketika ini.

“Sekiranya ada keperluan untuk meyakinkan rakyat bahawa Umno/Perikatan Nasional hanya mahu merebut kuasa dan jawatan dalam GLC, ingatlah cadangan di atas,” kata pemimpin DAP itu dalam kenyataan hari ini.

“Ini bukti paling jelas betapa Najib telah meletakkan kepentingan politiknya mengatasi kepentingan negara.

Semalam, Najib di Facebook mencadangkan Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya merangka tatacara operasi standard mengendalikan pilihan raya, kerana kemungkinan PRU-15 bakal diadakan sangat tinggi jika politik negara terus bergolak.

Menurut pemimpin Umno itu, majoriti rakyat rela memilih untuk berdepan risiko dan menuntut Parlimen dibubarkan kerana majoriti sudah muak dengan drama politik hari ini.

“Perdana menteri perlu menasihatkan ahli parlimennya supaya berhenti meruntuhkan pemerintahan majoriti tipisnya,” kata Hannah.

Pembangkang mempersoalkan sejauh mana sokongan sebenar terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat sejak Perikatan Nasional mengambil alih kuasa selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

Selain itu terdapat juga khabar angin mendakwa bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hanya memerlukan beberapa lagi ahli Parlimen untuk melakukan “rampasan kuasa”.

Thursday, December 20, 2018

Hannah dan Sim kunjungi mufti minta nasihat

Haspaizi Zain
Diterbitkan 20 Dis 2018, 1:23 petang


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Dr Zulkifli Mohamad.

Kunjungan itu bagi mendapatkan pandangan dalam usaha menangani masalah sosial yang semakin membarah.

Pertemuan di pejabat mufti di Putrajaya hari ini itu antara lain bagi mencari penyelesaian terhadap isu sosial khususnya membabitkan golongan muda.

Hannah yang mengenakan baju kurung dan berselendang, mengemukakan data-data berhubung masalah sosial seperti kes kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan masalah mental.

Pada perbincangan itu mereka dijamu oleh pejabat mufti dengan makanan ringan termasuk buah kurma dan Hannah turut dipelawa Zulkifli untuk menikmati kurma terbaik dari Timur Tengah itu.

Zulkifli pada sidang medianya menyatakan komitmen untuk membantu kerajaan dengan menyumbang pandangan dan saranan bagi menangani isu berkenaan.

Thursday, May 18, 2017

Becoming Hannah: Hannah Yeoh cadang hapus ruangan kaum dalam MyKad

Hannah Yeoh pernah mencadangkan ruangan kaum dalam MyKad dihapuskan untuk mewujudkan bangsa Malaysia tanpa mengira ras, dedah Helen Ang.
“Bukan itu sahaja, Hannah Yeoh juga cuba menyekat istilah “Melayu” untuk diisi dalam ruang butir ‘Keturunan’ dalam borang-borang rasmi,”

Penghapusan identiti bangsa dalam MyKad itu akan mencapai matlamat utama perjuangan DAP untuk mewujudkan bangsa Malaysia tanpa kaum atau ‘Malaysian Malaysia’.

Untuk membuktikan dakwaan itu, Helen Ang turut melampirkan kenyataan Hannah Yeoh dalam Sinar Harian, bertarikh 20 Jan 2014.
“Tak ada orang halang kalau anda memilih untuk menjadi Melayu. Tapi ia tak perlu ada dalam IC (MyKad).

“Kalau jadi wakil rakyat, saya tak nak tahu bangsa anda. Saya nak tahu apa yang anda tahu untuk bantu kawasan itu,” katanya ketika menjawab soalan daripada salah seorang wakil peserta Forum Perpaduan dan Masa Depan Negara.
Tambah Helen lagi, ADUN DAP itu bukan setakat membuat seruan, malah turut mempraktikkan penyisihan bangsa Melayu di DUNnya.

“Contohnya Hannah Yeoh telah enggan membantu sebuah Residents Association semata-mata kerana mereka memakai nama persatuan penghuni pangsapuri ‘Melayu’ dengan alasan dia (YB Subang Jaya) menolak keras sifat perkauman.

“Tapi jelas sekali perangai si Dapster itu dwi-standard. Lebih-lebih lagi Dapsters yang dicucuk hidung mereka oleh evangelista,”dedahnya lagi.

Kempen Hannah untuk menghapuskan identiti bangsa turut disiarkan dalam organ DAP,roketkini.
Hannah itu berkata, dalam memberi bantuan kepada rakyat, bangsa bukan soal yang perlu dititikberatkan terutama ketika mengisi borang bantuan.
“Borang itu agak keterlaluan dan perlu dihapuskan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Tidak penting bangsa anda apa yang penting kami tetap bantu.

“Apa yang lebih penting dalam borang itu adalah saya dapat tahu lebih lanjut masalah anda,” ujarnya.
Menurut Roketkini, saranan Hannah telah disokong oleh Datuk Saifuddin Abdullah yang ketika itu berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

“Kita kena ada satu langkah permulaan, antaranya membuang ruangan ‘kaum’ dalam borang kerajaan.
“Melalui langkah ini, saya rasa semua rakyat akan berasa mereka adalah ‘Malaysia’ kerana tidak dikelompokkan sebagai mana-mana kaum,” katanya. (aidc)
Bacaan tambahan ini berkaitan.

Tuesday, May 16, 2017

Debat Hannah Yeoh vs Dr Kamarul, Hannah Yeoh membisu, takut !

Dr Kamarul Zaman Yusoff tidak gentar dengan laporan polis yang dibuat oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh terhadapnya hari ini berkaitan dengan penulisan satu artikel.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mengesahkan artikel bertajuk “Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP” adalah tulisannya dan sedia bertanggungjawab terhadap penulisan tersebut.

“Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan.

“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hannah Yeoh kalau berani debatlah ! Kalau setakat report polis Bangla pun boleh report polis ! Ada berani ?

Bacaan tambahan ini menyokong kebenaran Dr. Kamarul.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-