Saturday, December 8, 2018

Lintas langsung 'syukur Icerd': 300 pesilat sedia berarak

Pasukan Malaysiakini 
Diterbitkan 8 Dis 2018, 10:03 pagi

LINTAS LANGSUNG | Himpunan kesyukuran kerana kerajaan tidak mengiktiraf Icerd berlangsung hari ini di beberapa lokasi di ibu negara.

Laporan LINTAS LANGSUNG:
9.15am: Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, sekitar 300 pesilat Melayu, lengkap berbusana tradisional berbaju Melayu dan bersamping berkumpul. Mereka bersiap sedia untuk berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum.

Separuh pesilat berbaju Melayu hitam, manakala yang lain memakai baju Melayu berwarna hijau. Mereka turut mengibarkan panji-panji dengan kalimah Allah.

Ketua Setiausaha Gabungan Silat Pertahan Perlembagaan (Pertahan) Sahruddin Esa berkata mereka berhimpun secara aman dan tidak membawa senjata.

"Silat macam public performance, kita tak tunjuk samseng. Kita sekarang minta kebenaran untuk jumpa Raja-Raja, kita tak bawa senjata," katanya yang berkata gabungan silatnya merangkumi keanggotaan dari lapan buah negeri iaitu Sabah, Johor, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

LAPORAN KHAS
Penolakan ICERD

Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara Islam yang tidak meratifikasi ICERD.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-