Sunday, December 30, 2018

Muhyiddin: ISA tak akan kembali, Sosma kekal

Bernama
-December 30, 2018 10:27 PM

Muhyiddin berkata Sosma dan Poca akan dikekalkan walaupun perlu pindaan kelak.

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berhajat menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan sejak 2012 dan akan menggunakan undang-undang yang ada bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan negara, kata Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, hasil dapatan sebuah jawatankuasa yang dibentuk mendapati undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma dan Akta Pencegahan Jenayah (Poca) itu penting dan harus dipertahankan walaupun mungkin memerlukan beberapa pindaan kelak.

“Jika undang-undang sedia ada tidak dipertahankan, akan wujud pihak yang berfikir mereka bebas untuk buat apa-apa sahaja yang boleh mengancam negara dengan menjadi gangster atau pengganas.

“Kerana itu kita pakai undang-undang yang ada dan kuatkuasakan sepenuhnya oleh polis dan pihak berkuasa yang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-