Sunday, December 23, 2018

RON95 Sepatutnya RM1.90 Tapi Jadi RM2.20 Sebab Cukai 30 Sen

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Admin
December 23, 2018




KUALA LUMPUR –
Kerajaan persekutuan didakwa mengenakan 30 sen cukai terhadap petrol RON95 sejak awal November.

Jelas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, harga petrol RON95 sepatutnya dikenakan antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan lalu berbanding harga terkini RM2.20.

Katanya, ia berdasarkan harga Brent semasa iaitu sekitar AS$52 setong.

“Belanjawan 2019 diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga AS$72 satu tong pada awal bulan lalu tetapi selepas itu, harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam.

“Semalam, harga Brent ialah di sekitar AS$52 satu tong, sebagai perbandingan harga Brent semasa Barisan Nasional (BN) kalah ialah AS$73 satu tong dan harga RON95 ialah RM2.20 satu liter.

“Ini bermakna, sejak awal bulan lepas, kerajaan Pakatan Harapan telah kenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95,” katanya menerusi laman Facebook beliau, hari ini. 

-SuaraTv

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-