Thursday, January 3, 2019

Lima tahun buat Dr M sangat lama - Otai Reformis

 Diterbitkan Hari ini 12:39 tengahari


Otai Reformasi menentang habis-habisan usul dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hujung minggu lalu yang mahukan Dr Mahathir Mohamad diberikan sepenggal menjadi perdana menteri.

Sebaliknya, kata kumpulan penggerak reformasi 1998 itu, Mahathir harus menyerahkan jawatan kepada Anwar dalam tempoh dua tahun seperti dijanjikan.

“Kita tentang habis-habisan usul Bersatu itu, yang mahukan Dr Mahathir kekal sepenggal (selama) lima tahun.

“Itu lama sangat” kata Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail.

Katanya, walaupun Mahathir berulang kali mengesahkan akan menyerahkan jawatan seperti dijanjikan, beliau tidak menolak kemungkinan pelbagai perkara boleh berlaku.

“Politik ini seni pelbagai kemungkinan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

“Walaupun Dr Mahathir kata akan serahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam masa yang ditetapkan, tetapi besar kemungkinan pelbagai perkara akan berlaku dalam masa peralihan tu sendiri.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-