Saturday, February 23, 2019

Kalau tak nak bayar tol bangunlah 4 pagi, sindir Najib

Diterbitkan Hari ini 11:14 malam


Pengguna kenderaan di empat lebuh raya di Lembah Klang tetap perlu membayar harga yang sama apabila kadar tol digantikan dengan caj kesesakan, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.

"Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari 11 malam hingga 5 pagi. Ini bermakna kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja (sebelum) 5 pagi.

"Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik. Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC (Pusat Transformasi Bandar)?

"Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam? Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup," sindirnya dalam catatan di Facebook.

Terdahulu Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan pemegang utama konsesi empat lebuh raya, Gamuda Berhad.

Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan pada waktu puncak selama , enam jam sehari, manakala kadar tol dihapuskan pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Bagaimanapun pengguna akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa, menurut pejabat perdana menteri.

'Tak adil kepada pencarum luar KL'

Najib juga menegaskan Gamuda Bhd merupakan milik rakyat melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

"Ini bermakna dia nak guna duit pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol.

"Konsesi tol ini terletak di Kuala Lumpur sahaja. Sudah tentu ini tidak akan memberi apa-apa pulangan kepada pelaburan rakyat Malaysia.

"Sudah tentu juga ia tidak adil kepada pencarum dari luar Kuala Lumpur," kata Najib.

Selain itu Najib berkata, para pekerja konsesi tol berkenaan juga perlu mula risau kerana berisiko hilang pekerjaan.

"Saya yakin akan ada sebilangan besar yang akan kehilangan nafkah hidup dengan langkah ini. Siapa yang ajar teori hapus tol ini? Maszlee ke?" sindirnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-