Monday, February 18, 2019

Mahkamah Persekutuan arah pilihan raya di kerusi DUN Rantau

Diterbitkan Hari ini 1:39 tengahari


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Mohamad Hassan berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.

Mahkamah Pilihan Raya itu sebelum ini memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah.



Ketua Hakim Negara Richard Malanjum berkata calon PKR Dr S Streram mempunyai lokus standii untuk memfailkan petisyen itu.

Hakim Malanjum juga memerintahkan SPR dan Mohamad untuk masing-masing membayar kos RM10,0000.

Pada 16 Nov lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban membenarkan petisyen pilihan raya Dr Streram untuk membatalkan kemenangan Mohamad tanpa bertanding bagi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Hakim mengisytiharkan keputusan bagi kerusi DUN itu tidak sah dan terbatal selepas memutuskan bahawa Mohamad tidak dipilih menurut peraturan sebagai ADUN Rantau.

Beliau menegaskan tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang menyatakan seseorang calon, pencadang dan penyokong perlu mempunyai tag atau pas masuk untuk mengemukakan borang pencalonan.

Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram, seorang pakar bius, dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, disebabkan beliau tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah untuk membatalkan kemenangan Mohamad dan memohon supaya pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN berkenaan.

Dalam petisyen itu, beliau mendakwa SPR gagal memaklumkan kepadanya semasa mengambil borang pencalonan dan membayar deposit bahawa beliau perlu ada tag nama atau pas untuk masuk ke dalam dewan pada hari penamaan calon.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-