Monday, February 18, 2019

Undi tidak percaya: Naratif Pas untuk elak isu RM90 juta, kata Anwar

Oleh BORHAN AHMAD

"Kena tanya Pas benar atau bohong kenyataan itu kerana sebelum ini Pas halalkan bohong dan mereka mengaku boleh bohong untuk kepentingan parti," kata Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tuduhan bahawa ada usaha untuk membuat undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri hanya cerita Pas untuk mengelak dakwaan isu menerima RM90 juta dari Umno.

“Itu dari Pas, samada dia bohong atau tidak kali ini kita tidak tahu,’ kata Anwar.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan AJK Pas Pusat, Nik Muhammad Abduh Nik aziz bahawa beliau berbohong sebelum ini untuk menjaga kepentingan Pas.

Sehubungan dengan itu, Anwar berkata beliau tidak perlu melayan dakwaan itu.

“Saya tidak perlu layan dakwaan itu kerana ia tidak pernah berbangkit. Ia hanya naratif Pas untuk elak dakwaan RM90 juta,” kata Anwar ketika ditanya wartawan tentang kenyataan Setiausaha Agong Pas mengenainya.

Datuk Takiyudin Hassan dalam sidang akhbar semalam, ketika menjawab kontroversi pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, persetujuan bertulis parti itu sebenarnya draf ikrar menyokong Dr Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Menurut Takiyuddin, PAS merasakan ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap tentang sekutunya dalam PH.

Justeru, katanya, sebab itulah Pas berikrar memberi sokongan kepada beliau ketika pertemuan dengan Abdul Hadi pada Jumaat lalu

Sebelum ni, Dr Mahathir berkata Pas membuat aku janji untuk tidak akan menyokong BN dalam pilihan raya kecil Semenyih.

Ia dibuat Hadi dan rakan-rakannya secara lisan dan bertulis dalam pertemuan mereka dengan beliau sebelum ini.

Ekoran itu, pelbagai alasan dikeluarkan pimpinan Pas mengenainya.

Pas tertekan apabila Hadi menarik balik samannya ke atas Sarawak Report yang mendakwa parti itu menerima wang RM90 juta dari Umno.

Hadi memfailkan saman itu ke atas editor Sarawak Report di London sebelum PRU 14 namun menarik kembali saman selepas Umno kalah dalam PRU 14 dengan alasan tidak mampu menanggung kos guamannya.

Ekoran itu, Hadi dipersoalkan kenapa saman ketika Umno berkuasa, yang kebetulan juga anti kepada Sarawak Report kerana mendedahkan kebobrokannya termasuk mendedahkan sjkandal 1MDB, tetapi menarik balik selepas Umno jatuh dari kerajaan dengan alasan tidak mampu menanggung kos.

REKAAN PAS

Menurut Anwar, kenyataan berkaitan dengan adanya usaha untuk membuat undi tidak percaya kepada Mahathir itu adalah dari Pas.

Bagi beliau tidak ada sebarang perbincangan mengenai usaha itu.

“Inilah daya Pas untuk mengelakkan rakyat dari membincangkan isu 90 juta dan wajib bohong,” katanya kepada media hari ini.

Oleh itu, kata Anwar, Pas perlu ditanya adakah kenyataannya kali ini benar atau bohong.

“Kena tanya Pas benar atau bohong kenyataan itu kerana sebelum ini Pas halalkan bohong dan mereka mengaku boleh bohong untuk kepentingan parti.

“Jadi kena tanya dia, benar atau bohong kali ini,” kata Anwar.

Selain isu Hadi menarik saman yang mendakwa Pas menerima RM90 juta dari Umno, Pas juga menghadapi isu audio AJK Pas Pusat Nik Mohamad Abduh yang mengesahkan beliau dan pemimpin Pas menerima wang dari Umno.

Abduh telah berkata, wajib bagi beliau untuk berbohong bagi mempertahankan Pas.

Sebelum pilihan raya, Abduh menafikan itu suaranya dengan dakwaan ia adalah pengkhianatan kepada beliau dan Pas.

Tetapi selepas pilihan raya Nik Abduh mengaku ia adalah suara beliau dan berkata beliau wajib berbohong untuk kepentingan Pas.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/undi-tidak-percaya-naratif-pas-untuk-elak-isu-rm90-juta-kata-anwar/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-