Monday, February 25, 2019

Ratusan demo depan balai polis desak penghina Nabi didakwa segera

 25 February 2019
Oleh Abdul Rahim Sabri

Ratusan penganut Islam berhimpun di depan balai polis Ipoh malam tadi bagi mendesak polis segera mendakwa seorang lelaki didakwa menghina Nabi Muhammad.
Foto ihsan Facebook/Shyfull Yazan

IPOH, 25 Feb Ratusan orang Islam berhimpun di depan ibu pejabat polis daerah Ipoh bagi mendesak pendakwaan disegerakan terhadap warga emas yang menghina Nabi Muhammad.

Kumpulan itu memenuhi Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di depan balai tersebut dan terpaksa ditutup sejauh 200 meter selama sejam malam tadi, lapor Utusan Online.

Ada juga peserta yang cuba mencetuskan provokasi namun ketua polis daerah ACP Mohd Ali Tamby berjaya mententeramkan suasana sebelum beberapa wakil membuat aduan polis.

Dalam himpunan itu, presiden Jaringan Bersatu Sahabat Perak (Jabat) berkata mereka tidak berpuas hati terhadap lelaki 68 tahun itu yang dibebaskan dengan jaminan polis.

“Jadi manusia kurang ajar sepatutnya diajar ...,” kata Amiruddin Mohd Daud, yang mendesak kerajaan memandang serius kes tersebut. “Jangan lagi sama sekali bermain wayang.”

Mendakwa wujud pilih kasih apabila “orang Islam ditahan dengan tempoh yang lama”, beliau memberi amaran perhimpunan itu akan lebih besar dan “mungkin banyak kerosakan”.

Rabu lalu, seorang pengguna Facebook ditahan kerana menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda melalui karikatur tetapi dibebaskan selepas tiga hari disiasat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-