Saturday, March 9, 2019

‘Tiada lagi orang UMNO, orang UMNO, orang Pas, orang Pas’


Siapa sangka suasana di kampung-kampung melibatkan penyokong Pas dan UMNO sekitar negeri ini cukup harmoni sejak kedua-dua parti itu mula menjalinkan kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, perkembangan tersebut cukup dinanti-nantikan selepas sekian lama penyokong kedua parti tersebut tidak mesra khususnya apabila membabitkan soal politik.

“Kerjasama Pas dan UMNO ini disambut baik di peringkat akar umbi dan suasana harmoni dapat dirasai khususnya di kampung-kampung. Ada kenduri meriah, boleh berbual dan bergurau antara penyokong kedua parti ini.

“Jika dahulu, orang UMNO dengan orang UMNO, orang Pas dengan orang Pas namun kini semua dapat duduk sekali. Alhamdulilah umat Islam mula bersatu selepas sekian lama bersengketa sesama sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik kerjasama Pas dan UMNO yang disifatkan cukup baik untuk masa depan Islam.

Katanya, melalui penyatuan orang Melayu ini secara tidak langsung Islam dapat dimartabatkan.

“Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan supaya orang Melayu dan Islam tidak lagi berpecah akibat perbezaan fahaman politik,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang. 

UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-