Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, March 15, 2019

UMNO, PAS Perak bertemu secara rasmi bincang muafakat

Shaarani Ismail
shaarani@nstp.com.my

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad pada sidang media kerjasama UMNO-PAS Perak di Bangunan UMNO Perak, Ipoh. 
- NSTP/Shaarani Ismail

IPOH:   UMNO dan PAS Perak secara rasmi mengadakan mesyuarat bersama kali pertama malam semalam bagi membincangkan persetujuan dan permuafakatan membabitkan dua parti itu sebagaimana yang sudah dilaksanakan di peringkat pusat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata pertemuan itu turut dihadiri 11 Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri termasuk ketua bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, Setiausaha Perhubungan, Ketua Penerangan serta tiga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dari Perak.

Katanya, tiga MT berkenaan ialah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Khusairi Abd Talib.

“PAS turut diwakili jumlah yang sama iaitu terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; timbalannya, Isme Mohd Taib serta kepimpinan utama dan sayap PAS negeri.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh Razman sebagai penghormatan kerana kita menggunakan premis PAS, tiada agenda khusus dibincangkan dan semua diberikan ruang untuk bercakap apa saja yang difikirkan perlu.

“Semua perbincangan yang berlangsung menjurus kepada persetujuan dan permuafakatan UMNO dan PAS Perak sebagaimana yang dilaksanakan pusat. Nampaknya perkembangan yang berlaku sangat baik dan kita bersetuju akan mengadakan perjumpaan secara berkala dan kerap yang akhirnya nanti akan membabitkan semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas pertemuan yang berlangsung di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Saarani berkata, pertemuan yang berlangsung itu tidak menyentuh langsung soal pembahagian kerusi membabitkan UMNO-PAS.

Beliau berkata, sebaliknya ia tertumpu bagaimana mencari persefahaman, permuafakatan dan mengurangkan perbezaan antara UMNO-PAS bagi menghadapi tentangan Pakatan Harapan (PH) dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa.

“Maklum balas kedua-dua pihak sangat baik... kita akan minta semua peringkat UMNO bahagian dan PAS kawasan untuk wujudkan Jawatankuasa Permuafakatan UMNO-PAS di setiap Parlimen dan mereka akan duduk dan bincang bagi cari titik pertemuan dan persamaan.

“Ia bagi membolehkan ahli semua peringkat faham hala tuju permuafakatan yang sudah terjalin, ia kemudiannya akan menyusul pula ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) atau Unit Peti Undi (UPU),” katanya.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-