05 Mac 2019 7:09 PM
Mohamad Hasan tersenyum ketika menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat bagi membincangkan Penubuhan Jawatankuasa Perunding Peringkat Tertinggi UMNO-Pas, di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.
- UTUSAN ONLINE/SHIDDIEQIIN ZON
KUALA LUMPUR 5 Mac - UMNO sedia menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi kebaikan tanah air dan manfaat rakyat.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sokongan itu bergantung pada situasi.
“Saya tak boleh cakap tapi bergantung situasi kalau diperlukan demi untuk kebaikan kenapa tidak?
“Itu yang saya katakan tadi kaukus pembangkang tidak bermakna kita akan membangkang, sebaliknya kita akan sokong apa sahaja polisi awam atau dasar-dasar yang hendak diluluskan untuk kebaikan masyarakat dan tanah air,” katanya.
Beliau diminta mengulas pendirian UMNO sama ada akan bertindak sama seperti Pas iaitu menyokong Dr. Mahathir jika terdapat undi tidak percaya sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat membentuk jawatankuasa induk UMNO dan Pas di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden dipilih melalui pemilihan parti, bukan desakan warganet atau pihak-pihak lain.
Kata beliau, gerak kerja parti berjalan seperti biasa dan semua pihak dalam UMNO menerima baik keadaan semasa iaitu Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang berehat
“Pemilihan telah dijalankan dan kita ada Presiden dan saya Timbalan Presiden. Sekarang Presiden berehat sekejap dan saya jalankan tugas beliau. Terpulang pada beliau (Ahmad Zahid) kalau bersedia nak menjalankan semula tugas,” katanya.
- UTUSAN ONLINE.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-sedia-sokong-dr-mahathir-1.854286#ixzz5hIteYBu9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-sedia-sokong-dr-mahathir-1.854286#ixzz5hIteYBu9
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.