Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan besar BN di DUN Rantau menunjukkan perkembangan positif ke arah agenda penyatuan ummah dan permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang, NGO dan tokoh berpengaruh.
Katanya, kekalahan PKR dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji, di samping petanda rakyat menolak budaya politik populis dan ‘pak pandir’ yang hanya pandai menyalahkan pihak lain.
“Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih Mohamad Hasan bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN Rantau.
“Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli dan jentera PAS serta DHPP yang membantu dalam kempen PRK DUN Rantau ini, termasuklah ahli PAS di Rantau yang turun mengundi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Calon BN Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti besar iaitu 4,510 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.
Timbalan Presiden Umno itu mendapat 10,397 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) , Dr S Streram, 64, yang hanya mengaut 5,887 undi.
Dua calon Bebas, Malarvizhi Rajaram, 51, mendapat 83 undi manakala dan Mohd Nor Yassin 79 undi.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/kekalahan-ph-di-rantau-isyarat-rakyat-tolak-politik-pak-pandir-kata-abdul-hadi/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.