Tuesday, April 30, 2019

Mufti Perlis 'pekak', sindir Dr M

Annabelle Lee
Diterbitkan 2019-04-30 00:14:00+08:00


Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahawa kedudukan Islam semakin 'tidak selamat' di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Pasal dia 'pekak'.

"Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar," sindirnya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) di Kuala Lumpur malam ini.

Terdahulu hari ini, Mohd Asri di laman Facebooknya mendakwa ramai beranggapan bahawa Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

Baca: Mufti Perlis persoal penahanan anak murid Zakir Naik

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu kerana didakwa menghina agama Hindu.

"Inilah realiti yang kelihatan pada hari ini. Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina Umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.

"Betapa ramai yang menghina Nabi Muhammad dan mempersenda ajaran Islam, juga hanya dipanggil memberikan keterangan.

"Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam, telah menyebabkan beliau ditangkap," tulis Mohd Asri.

Mohd Asri mendakwa penangkapan itu menunjukkan bahawa umat Islam semakin "dibuli" oleh kerajaan PH.

"Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan?

"Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini," tegasnya.

3 comments:

  1. DAP dah istihar perang kepada Islam Melayu Perpaduan Ummah. Mereka sangat benci kepada kesatuan ini. Jom semua mulai saat ini kita boikot kedai2 dan produk2 DAP. Jangan lagi menghantar kereta kebengkel2 DAP, carilah alternatif lain, setidak2nya kita telah berusaha untuk memajukan ekonomi Muslim...

    ReplyDelete
  2. Yg pekak adalah manusia yg seronok kencing merata2 wlpun raykat dah bising.
    Samada bangang..nyanyuk atau dah gila.
    Yg sokong kaki2 kencing nie pon sama2 bangang!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-