Sunday, May 19, 2019

Dr. Maszlee tidak perlu mohon maaf, tegas Rina

Oleh MALAYSIA DATELINE
May 19, 2019 3:28 pm

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menegaskan parti DAP, Gerakan dan MCA tidak wajar menuntut Menteri Pendidikan memohon maaf atau menyifatkannya sebagai perkauman hanya kerana mempertahankan kuota matrikulasi.

Menurut Rina, hal tersebut kerana Dr. Maszlee Malik mempunyai asas dan kajian yang mendalam berhubung perkara berkenaan.

“Saya rasa, Dr. Maszlee tidak perlu mohon maaf pun. Sebagai menteri, mesti dia tahu apa yang terjadi.

“Dalam kementeriannya, sudah pasti apabila dia hendak keluarkan kenyataan itu, dia sudah ada data untuk menyokong fakta yang dikeluarkan,” tegas Menteri Pembangunan Luar Bandar itu selepas menghadiri Majlis Kasih Ramadan di Madrasah Rajaiyah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengulas ucapan Maszlee di hadapan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini mengenai isu kuota matrikulasi bukan Bumiputera dan keperluan fasih berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/dr-maszlee-tidak-perlu-mohon-maaf-tegas-rina/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-