Monday, May 13, 2019

Kenapa takut sangat, KPN persoal langkah larang SB hadir sidang media

Melissa Darlyne Chow
-May 13, 2019 4:20 PM

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, anggota polis akan hadir sekiranya sesuatu aktiviti diadakan di tempat awam.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini mempertahankan kehadiran anggota Cawangan Khas (SB) dalam acara yang diadakan berikutan keputusan Warisan melarang mereka hadir sidang medianya, dengan berkata mereka berada di situ bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan awam.

Beliau memberitahu pemberita di Putrajaya sama ada pegawai berkenaan memakai seragam atau tidak, mereka adalah sebahagian daripada pasukan polis dan bertanggungjawab melindungi orang awam.

“Kita ada perlembagaan. Kenapa takut sangat sehingga ke peringkat mengeluarkan arahan?”

Naib presiden Warisan, Junz Wong memberitahu FMT pada hujung minggu lepas bahawa partinya membuat keputusan melarang anggota SB daripada menghadiri sidang media yang diadakan.

Bagaimanapun Hamid berkata, arahan yang dikeluarkan parti itu tidak membawa apa-apa kesan kerana ia bercanggah dengan Seksyen 186 Kanun Kesiksaan.

Seksyen 186 adalah berkaitan perbuatan menghalang pegawai awam daripada menjalankan tugas mereka. Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun, denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Hamid berkata, SB tidak berminat untuk hadir sekiranya sesebuah parti itu mengadakan aktiviti di premisnya sendiri.

“Tetapi jika mereka mengadakannya di tempat awam, kami akan hadir ke situ.

“Tugas kami adalah menjamin keamanan dan keselamatan awam. Jika anggota polis berada di situ, kami akan memastikan ia berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-