Showing posts with label WARISAN. Show all posts
Showing posts with label WARISAN. Show all posts

Sunday, February 16, 2025

Skandal Sabah: Pasal apa tak tangkap, dulu saya pakai baju oren - Shafie

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 16, 2025 
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal menyoal mengapa masih tiada tangkapan dilakukan dalam kontroversi rasuah di Sabah.

Menurutnya, perkara itu lebih menghairankan kerana dia sendiri pernah ditahan untuk siasatan berkaitan skandal 1MDB.

"Saya soal (tentang 1MDB), terus masuk (lokap). Saya direman.

"Berapa minggu, tidur lantai, pakai baju oren. Itu Muhyiddin kes pakai tie (tali leher), itu Najib masuk mahkamah pakai kot, saya pakai (baju lokap SPRM warna) oren tidur lantai lagi.
"Ini video punya orang, YB keluar video, baju oren pun tidak ada, tidur lantai pun tidak, pasal apa itu," katanya pada satu majlis sambutan Chap Goh Mei di Tenom, Sabah, malam tadi.

Video yang dirujuk Shafie merupakan siri video yang didedahkan oleh seorang pemberi maklumat kepada Malaysiakini yang mendakwa lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terlibat dalam menerima rasuah.

Shafie pernah ditahan berkaitan 1MDB

Pada tahun 2016, Shafie digantung keahlian Umno walaupun ketika itu dia memegang jawatan naib presiden parti kerana lantang mengkritik bekas perdana menteri Najib berhubung skandal 1MDB.

Dia kemudian mengumumkan keluar daripada Umno dan menubuhkan Warisan, sebuah parti berasaskan Sabah, dalam usaha untuk menyingkirkan parti lamanya daripada pentadbiran negeri.

Pada tahun 2017, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahannya atas dakwaan penyelewengan sekurang-kurangnya RM1.5 bilion dana pembangunan Sabah semasa dia menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Penahanan itu dilihat bermotifkan politik kerana Najib telah memecat Shafie daripada jawatan menteri pada tahun 2015 selepas dia mencabar kepimpinannya dalam menangani skandal 1MDB.

Umno mahu kerjasama Warisan?

Pada majlis sama, Shafie turut mendakwa Umno telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Warisan dalam pilihan raya negeri Sabah yang akan datang.

"Lepas (pendedahan video) itu, Umno dia bilang dia mahu kerjasama sama Warisan. Saya bagi tahu Warisan tidak kerjasama mana-mana parti. Warisan kerjasama dengan orang Sabah, rakyat Sabah," katanya.

Bagaimanapun, semalam, Umno Sabah mengesahkan parti itu belum mencapai sebarang persefahaman pilihan raya dengan Warisan.

Ketua Penerangan Umno Sabah, Suhaimi Nasir berkata parti itu masih belum membuat keputusan untuk bersekutu dengan mana-mana pihak di negeri itu.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas kepada Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, yang sebelum ini menafikan sebarang rundingan dengan Umno Sabah.

Menurut Bernama, sebuah portal berita semalam melaporkan Warisan dan BN Sabah telah membincangkan kompromi bagi menghadapi pilihan raya negeri.

Laporan itu mendakwa kedua-dua parti bersetuju untuk tidak bertanding menentang satu sama lain di 50 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

[Baca berita asal]

Monday, January 27, 2025

DAP, Warisan bakal berentap PRN Sabah?

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 27, 2025 9:23 AM
Calon DAP dalam pilihan raya negeri Sabah yang akan datang tidak akan bertanding di bawah logo Warisan sebagaimana pilihan raya negeri sebelum ini.

Malah, DAP mungkin akan bertembung dengan Warisan di sekurang-kurangnya dua kerusi.

Pada pilihan raya Sabah 2020, kedua-dua kerusi berkenaan dimenangi oleh DAP. Namun, dua wakil rakyat yang terpilih – Calvin Chong dan Justin Wong – keluar parti pada Januari 2022 dan kemudiannya menyertai Warisan pada Mac tahun sama.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengesahkan parti itu akan bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi, termasuk Elopura dan Sri Tanjung.

a ada akan menggunakan logo parti sendiri atau logo Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

"Sama ada menggunakan logo PH atau 'Rocket', ia belum dimuktamadkan dan akan diputuskan oleh DAP Sabah," kata Loke seperti dipetik Oriental Daily semalam.

Menurut Loke, perbincangan mengenai kerjasama pilihan raya negeri antara PH Sabah dan BN masih belum mencapai kata sepakat walaupun terdapat perbincangan awal.

Dewan Undangan Negeri Sabah mesti dibubarkan selewat-lewatnya pada 9 Oktober, yang bermakna pilihan raya negeri mesti diadakan selewat-lewatnya pada 9 Disember.

Pada masa ini, GRS dan BN sedang bersaing untuk bekerjasama dengan PH pada pilihan raya tersebut.

Saturday, January 7, 2023

Selepas paling tadah dari Bersatu, Hajiji bakal hilang kerusi KM pula

agendaily.com
07/01/2023
Datuk Seri Hajiji Noor yang berpaling tadah daripada Bersatu bakal hilang kerusi Ketua Menteri kepada sama ada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal atau Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Barisan Nasional (BN) dijangka bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti kecil lain untuk menawarkan kerajaan negeri baharu, menggantikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada masa sama, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang mempunyai tiga ADUN, turut mengikut jejak 18 ADUN UMNO menarik sokongan kepada GRS dan Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya, Peter Anthony, Presiden KDM dan ADUN Melalap, bersama Juil Nuatim (ADUN Limabahau) dan Datuk Wetrom Bahanda (ADUN Bandau) percaya ADUN Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor kekurangan majoriti untuk menjadi Ketua Menteri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Peter, yang pernah menjadi Naib Presiden Parti Warisan, memetik Perlembagaan Negeri Sabah yang menyatakan bahawa seorang KM harus menjadi pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi semasa pilihan raya negeri (PRN).

Beliau seterusnya berkata di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji sepatutnya meletakkan jawatan serta-merta.

Setakat ini, Hajiji mendapat sokongan daripada 15 bekas ADUN Bersatu; masing-masing tujuh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH), enam daripada Parti Solidariti Tanah Airku, masing-masing seorang daripada Pakatan Harapan Rakyat Sabah, Parti Progresif Sabah dan PAS Sabah.

Bagaimanapun difahamkan, ADUN PH juga akan memberi sokongan kepada BN dan Warisan membentuk kerajaan negeri baharu, sesuai dengan kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam Kerajaan Persekutuan.

Tujuh ADUN PH ialah Datuk Christina Liew (Api-Api); Datuk Fung Ming Poon (Tanjung Papat); Datuk Ewon Benedick (Kadamaian); Phoong Jin Zhe (Luyang); Jannie Lasimbang (Kepayan); Tan Lee Fatt (Likas); dan Peto Galim (Inanam).

Ewon yang mewakili UPKO kini adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi setelah menang Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bagaimanapun, pada sidang media sebelum UMNO dan KDM menarik sokongan terhadap GRS dan Hajiji, ketujuh-tujuh ADUN PH itu dalam kenyataan bersama menafikan memberi sokongan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, dalam sidang media khas malam tadi, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa kerjasama asas di bawah payung longgar GRS dilakukan antara BN Sabah, Perikatan Nasional (PN) dan PBS pada PRN 2020 apabila mereka mengalahkan Warisan dan PH.

Menurutnya Hajiji dipilih sebagai KM kerana ketika itu beliau adalah Pengerusi Bersatu Negeri Sabah di bawah PN.

“Apabila beliau memutuskan untuk meninggalkan Bersatu (pada 8 Disember 2022), keseluruhan kerjasama berakhir,” kata Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag.

Selain itu, beliau berkata Hajiji dan GRS telah melanggar kerjasama dengan BN dengan memecat ADUN Usukan daripada UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai pengerusi cabang pelaburan negeri Qhazanah Sabah Berhad.

Merujuk kepada Perkara 6(3) dan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah, Bung Moktar berkata Hajiji mengelirukan rakyat dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan mengatakan beliau adalah ahli GRS secara langsung.

“Ini bertentangan dengan Perlembagaan Negeri yang mewajibkan Ketua Menteri daripada parti yang mempunyai majoriti tertinggi di DUN.

“Kami meminta Yang Di-Pertuan Sabah melihat kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri dan kesahihannya mengikut Perlembagaan Negeri,” katanya.

Bung berkata Hajiji juga tidak membincangkan rancangan untuk rombakan Kabinet yang diumumkan awal Jumaat seperti yang diperlukan di bawah kerjasama antara GRS dan BN Sabah.

Keputusan menarik diri, tambahnya, melibatkan 17 ADUN dan bekas ADUN Parti Bangsa Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi.

Bagaimanapun, tanpa menamakan sesiapa, beliau mengakui sekurang-kurangnya lima ADUN UMNO masih belum menyokong langkah menarik balik sokongan terhadap GRS dan Hajiji.

“Kami masih berbincang dengan mereka kerana ini adalah keputusan melibatkan parti dan bukannya individu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikut keputusan parti.

Thursday, July 21, 2022

Mat Kilau hanya sekadar filem jika ummah gagal bersatu: PAS

agendaily.com
21/07/2022
Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Kesatuan pembangkang dalam membela Ahli Parlimen (MP) Kota Belud daripada Warisan pada sidang Dewan Rakyat perlu diberi perhatian dalam kalangan parti kerajaan sekarang ini.

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata blok pembangkang bersatu suara dalam mempertahankan MP berkenaan, Isnaraissah Munirah Majilis.

“Parti-parti Melayu dalam kerajaan macam mana? Api kebencian, tuduh-menuduh dan serang-menyerang masih hangat dan menebal sesama kita.

“Musuh sebenar kita tidak nampak, keris dan tombak kita hala sesama sendiri,” kata beliau merujuk kepada pertelingkahan dalam kalangan parti kerajaan yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), dan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pembentukan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang ini, BN turut diwakili UMNO, MIC dan MCA, manakala PN melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan, selain gabungan parti di Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Roslan berkata Warisan bukan parti komponen Pakatan Harapan (PH) namun gabungan itu bermati-matian membela Isnaraissah.

“Kalau berlarutan kita begini. Pilihan Raya Umum Ke-15, maka menang sorak kampung tergadailah nasib kita. Lihat pembangkang boleh bersatu atas kepentingan bersama.

“Jika gagal diurus juga, tinggallah Mat Kilau sekadar dalam filem, penyatuan ummah dalam kalangan orang Melayu memang mustahil? Sia-sia perjuangan ummah,” katanya.

Isnin lalu (18 Julai 2022), Isnaraissah digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat setelah tidak mengendahkan amaran dikeluarkan Timbakan Speaker Datuk Rashid Hasnon.

Namun, sebelum meninggalkan dewan beberapa MP pembangkang mengepung tempat duduk Isnaraissah bagi menghalang bentara mengiringi MP Kota Belud itu keluar dewan.

Tuesday, August 17, 2021

Anwar tawar jawatan TPM kepada Shafie, menurut laporan The Star

agendadaily.com
17/8/2021

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendapat sokongan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menjadi Perdana Menteri.

Usaha terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencukupkan majoritinya untuk menawan Putrajaya adalah dengan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Datuk Seri Shafie Apdal, menurut laporan The Star.

Calon Perdana Menteri (PM) blok pembangkang itu didakwa membuat tawaran tersebut kepada Presiden Warisan tersebut bagi memastikan memiliki jumlah Ahli Parlimen (MP) yang cukup untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Permintaan Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan sokongan lapan MP Warisan penting dan ini mengapa jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada Shafie sebagai melengkapkan perjanjian itu,” kata sumber dipetik dalam portal The Star.

Menurut laporan itu lagi, tawaran itu dianggap sebagai besar dan diterima oleh pihak Warisan.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan Anwar difahamkan sudah berjaya dalam rundingan politik dengan Shafie untuk menyokongnya sebagai PM baharu, bagaimanapun masih menunggu persetujuan dengan 15 Ahli Parlimen (PM) kem Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pembangkang tersebut memerlukan sokongan 15 MP yang sebelum ini juga menjadi punca kejatuhan dan kehilangan majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mencukupkan majoritinya untuk menjadi PM ke-9.

Rundingan dengan 15 MP tersebut mungkin dilakukan menerusi perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang sebelum ini pernah dicadangkan antara kerajaan PN dengan blok pembangkang sebelum ini.

Menurut sumber, rundingan dengan 15 MP tersebut masih berlangsung dan setakat ini belum menerima sebarang kata putus daripada Presiden UMNO, Zahid.

Friday, February 26, 2021

Mungkinkah Warisan sertai BN-Umno untuk PRU15?

freemalaysiatoday.com
Durie Rainer Fong
-February 26, 2021 8:08 AM

Shafie Apdal mempunyai hubungan rapat dengan Dr Mahathir Mohamad tetapi, sebagai naib presiden Umno, beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan ramai pemimpin tertinggi parti itu. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Warisan, yang memerintah Sabah sebagai negeri pembangkang selepas pilihan raya umum lalu, mungkin akan beralih kepada parti dan gabungan lain berbanding bekerjasama dengan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata penganalisis.

Ini kerana tidak banyak yang boleh ditawarkan Pejuang – yang statusnya masih tergantung akibat pendaftarannya yang ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) – kepada parti Sabah itu dalam usahanya untuk kembali sebagai kuasa besar politik di negara ini.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Romzi Ationg berkata, spekulasi yang semakin mendapat perhatian adalah Warisan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)-Umno pada PRU15.

Beliau berkata, wujud desas-desus dalam kalangan ahli politik bahawa Warisan juga sedang meninjau semula perjanjiannya dengan Pakatan Harapan (PH) dan dengan itu memerlukan pengganti yang kuat untuk memastikan kelangsungannya sekiranya ia berpisah dengan PH.

“Apa-apa mungkin berlaku dalam politik, tetapi saya rasa tidak elok untuk Warisan memberi tumpuan kepada Mahathir dan Pejuang,” katanya kepada FMT.

“Presiden Warisan Shafie Apdal, yang bersama dengan pemimpin PH Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai calon perdana menteri, harus menumpukan perhatian dalam mengukuhkan cengkaman partinya ke atas Sabah dan juga politik persekutuan dengan bekerjasama dengan parti yang dianggap lebih relevan kepada politik Malaysia.

“Kerjasama politik (yang harus diusahakan Warisan) juga harus mampu menjadikan Sabah sebuah negeri maju setara dengan negeri lain di semenanjung,” katanya.

Romzi mengulas cadangan penganalisis sosiopolitik Azman Awang Pawi bahawa Warisan mungkin akan menyokong Mahathir pada PRU15 kerana “hubungan peribadi” Shafie dengan bekas perdana menteri itu.

Walaupun beliau tidak yakin 100% bahawa Warisan akhirnya akan bekerjasama dengan musuh politiknya kini, Romzi berkata, parti itu mungkin akan lebih suka bekerjasama dengan BN-Umno kerana ia lebih stabil berbanding Perikatan Nasional.

Shafie sendiri adalah bekas naib presiden Umno dan mempunyai ramai kawan rapat dalam kalangan pemimpin Umno.

Romzi berkata, Warisan dan BN-Umno dapat saling melengkapi, dengan Warisan memerlukan sekutu untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15 dan BN-Umno memerlukan parti tempatan yang kuat untuk menolong mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

“Kenapakah Warisan akan memilih BN-Umno berbanding PN? Antara sebabnya adalah Umno masih kuat di semenanjung (berbanding PN),” katanya.

Masih belum terjamin sama ada pakatan seperti itu akan wujud kerana timbalan presiden Warisan, Darell Leiking, sebelumnya berkata, partinya tidak mungkin akan bergabung dengan Umno.

Ini susulan dakwaan bahawa ramai Ahli Parlimen daripada parti semenanjung itu dan BN menyokong Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Umno Sabah adalah sebahagian daripada pakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), bersama-sama dengan PN dan Parti Bersatu Sabah.

Semalam, ADUN Warisan Hassan A Gani Pg Amir meninggalkan Warisan untuk kembali kepada GRS, yang kini bersekutu dengan kerajaan PN.

Namun, pemerhati politik menganggap hubungan antara Umno Sabah dan sekutu GRSnya meruncing, terutama dengan PPBM Sabah selepas ketegangan mengenai jawatan ketua menteri berikutan pilihan raya negeri tahun lalu.

Umno Sabah membantu GRS memperoleh majoriti tipis 38 kerusi, tetapi menyerahkan jawatan ketua menteri kepada PPBM Sabah, yang menimbulkan kemarahan sejumlah pemimpin Umno.

Timbalan dekan Universiti Sarawak Malaysia Arnold Puyok berkata, kerjasama Warisan dengan BN-Umno mungkin tidak dapat diterima oleh sebilangan penyokongnya.

“Tetapi Warisan harus sedia bekerjasama dengan siapa pun jika ia ingin sekali lagi menjadi pucuk pimpinan,” katanya, sambil menambah, Warisan masih mempunyai pilihan sekutu politik bagi PRU15

Beliau juga berkata, Warisan mungkin akan lebih rugi sekiranya parti itu memihak kepada Mahathir, yang menurutnya adalah individu yang menyebabkan pecah belah di kedua-dua Sabah dan Sarawak.

“Warisan sepatutnya sudah menyedari bahawa Mahathir sedikit sebanyak boleh dipersalahkan atas kejatuhan PH.

“Bagi Warisan, risiko bekerjasama dengan Pejuang jauh lebih besar berbanding manfaat,” katanya.

Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan Romzi dan Puyok, dan percaya bahawa Warisan akhirnya akan memilih untuk mengekalkan pakatan politiknya dengan PH, tetapi bekerjasama dengan Pejuang pada masa yang sama.

“Kerjasama Warisan-Pejuang dapat dilihat sebagai usaha untuk menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.


Sama ada ia diterima oleh PH adalah isu lain, katanya, tetapi seperti yang terbukti dalam sejarah, apa-apa sahaja mungkin berlaku dalam politik Sabah.

Sunday, February 14, 2021

Penyokong Dr M cadang formula kerjasama dengan PH, elak dua penjuru

 puteradaily.com

February 14, 2021

Buat pertama kalinya kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan formula kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Kumpulan penyokong Dr Mahathir yang memperkenalkan mereka sebagai ‘The Third Force bloc’ atau Pasukan Ketiga mahu bertanding 98 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang dan mencadangkan Pakatan Harapan bertanding 124 kerusi.

Dalam satu tulisan yang dibuat oleh penyokong kuat mereka, Raggie Jessy Rithaudeen, The Third Force dianggotai oleh Pejuang akan bertanding 50 kerusi, Warisan (23) dan lain-lain (25).

Kerusi-kerusi itu adalah kerusi yang telah dimenangi oleh Pejuang dan Warisan sekarang serta sejumlah kerusi yang lain.

Tulisan itu mencadangkan, PKR bertanding 50 kerusi, DAP (42) dan AMANAH (32).

Cadangan ini bertujuan untuk mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru, kata tulisan itu lagi.

“Semua pihak akan bertemu selepas pilihan raya umum untuk menentukan siapakah yang patut menjadi perdana menteri,” cadang tulisan itu.

Tulisan ini mengandaikan, Bersatu, Umno dan Pas serta rakan-rakan mereka akan bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertembung antara satu sama lain.

Ini adalah cadangan yang pertama datang dari kumpulan Tun Dr Mahathir untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau lebih dalam pilihan raya umum akan datang selepas berpecah dengan Pakatan Harapan.

Dr Mahathir masih menjadi faktor dalam pilihan raya di Malaysia.

Yang menjadi isu juga adalah apakah Umno akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya nanti kerana kedua-duanya merebut kerusi yang sama.

Dalam mesyuarat bahagian-bahagian Umno awal Januari lepas, 147 dari 222 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke 15 nanti.

Namun begitu, Umno sedang dipujuk oleh Pas terutamanya bahawa tanpa kerjasama dengan Bersatu dan Pas, mereka akan kalah.

Jika Umno bertegas dengan keputusannya tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, akan terbentuk tiga blok utama dalam pilihan raya umum akan datang.

Perikatan Nasional (PN) di mana Bersatu akan bersama dengan Pas dan rakan-rakannya termasuk Gerakan yang baru menyertai mereka.

Barisan Nasional yang terdiri dari Umno, MIC dan MCA.

Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan AMANAH yang bekerjasama dengan kumpulan The Third Force pimpinan Dr Mahathir.

 | MD

Saturday, December 19, 2020

Shafie Apdal Bakal Mengganti Anwar?

1media.my
byAssistant Editor
-December 19, 20200

Nama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah antara pemimpin yang disebut-sebut untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Namun, tidak kurang pula ada yang tidak bersetuju jika Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas alasan beliau dilihat hanya mewakili negeri Sabah dan bukan seluruh negara.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, beliau melihat Shafie perlu membawa perwatakan ‘nasional’ jika mahu diterima semua pimpinan pembangkang dan rakyat secara keseluruhannya.

Malah, hala tuju perjuangan bekas Ketua Menteri Sabah itu jelas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Saya melihat ada sedikit kekurangan dari Shafie ialah beliau dilihat sebagai pemimpin yang mewakili Sabah. Kalau kita lihat dalam PRN Sabah September yang lalu, perjuangan beliau membawa kepada Sabah untuk masyarakat Sabah.

“Jadi untuk memimpin di peringkat nasional , Shafie perlu lebih menunjukkan pembawaan nasionalnya, iaitu parti yang dibawanya, Warisan perlu menjadi sebuah parti diterima seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Sabah, malah di Sarawak dan Semenanjung,” katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Jumaat.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengkaji dan menimbang cadangan-cadangan dikemukakan pemimpin gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk desakan sesetengah pihak agar Ketua Pembangkang itu letak jawatan.

Pada masa sama, Dr Mazlan berkata, penampilan muka-muka baharu dalam pimpinan PH mampu mengembalikan keyakinan terhadap gabungan parti itu.

Dr Mazlan mengambil contoh negara-negara Barat yang mula memberi peluang kepada orang muda untuk duduk dalam barisan kepimpinan.

“Mungkin pembangkang hari ini boleh bentuk satu kabinet bayangan terhadap sistem politik dengan mengetengahkan pimpinan yang muda, segar dan berwajah baru dan mungkin boleh menarik sokongan rakyat.

“Kita tahu tahun depan, bulan Julai sebanyak 7.4 juta pengundi muda akan masuk dalam pasaran demokrasi di Malaysia. Bagaimanapun, saya melihat faktor politik di Malaysia ini, golongan veteran itu masih diperlukan, mereka banyak memainkan peranan. Namun beri peluang pada orang muda” ujarnya.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/shafie-apdal-tidak-cukup-nasional-untuk-jadi-ketua-pembangkang-273692

Monday, September 28, 2020

Spekulasi berhubung pembelotan kepada Warisan meningkat

Willie Jude
freemalaysiatoday.com
-September 28, 2020 6:58 AM
Warisan dan sekutu menang 32 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri, kurang 5 daripada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

KOTA KINABALU: Sekumpulan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang baru dilantik dari Gabungan Rakyat Sabah dipercayai berada dalam perjumpaan lewat malam dengan Presiden Warisan Shafie Apdal malam tadi, sewaktu meningkatnya spekulasi mengenai pembelotan untuk menyertai bekas gabungan pemerintah itu.

“Ya, pasti, mereka semua berkumpul di rumah Shafie,” menurut sumber Warisan, merujuk kepada ahli GRS dan pemimpin Warisan.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas PBS secara tidak langsung menuduh Warisan cuba memancing Adun parti itu berikutan kegagalan Warisan memperoleh majoriti pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Kenyataan PBS itu menyebut tentang tawaran wang dan jawatan yang dibuat.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan bahawa parti itu akan bergabung dengan Warisan Plus untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Bekas perdana menteri Najib Razak juga mempersoalkan sama ada Warisan menggunakan politik wang selepas berkempen menentang rasuah politik.

“Adakah ‘parti kapal’ sekarang bermain politik wang untuk melahirkan katak politik setelah kalah dalam pilihan raya negeri?” katanya.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS menang 38 kerusi dalam pilihan raya negeri itu.

Warisan Plus menang 32, kurang 5 daripada majoriti, sementara 3 lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Tuesday, September 22, 2020

PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi

by - Cinca
on - 9/22/2020 12:55:00 Pm

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan menjalankan siasatan ke atas seorang calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung kenyataan seolah-olah menghina pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Tanduo, Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menegaskan, siasatan tersebut susulan 35 laporan polis yang diterima pihaknya ekoran kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu itu.

“Unit siasatan Bukit Aman akan ambil alih bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 dan 505b Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan melakukan siasatan secara profesional dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya selepas melawat pusat pengundian awal di Mess Pegawai Kanan IPK Sabah, di sini, hari ini.

Mohamaddin dalam video tular di media sosial, ketika berceramah di Kampung Wawasan Lahad Datu mendakwa pertempuran di Tanduo adalah sebagai 'sandiwara'.

Selain itu, Hazani menjelaskan, pihaknya akan memanggil Mohamaddin bagi dirakam percakapan dalam waktu terdekat.

“Sebolehnya, saya cuba nak buat (rakam percakapan) selepas PRN supaya tidak ganggu proses kempen dan juga PRN itu sendiri,” katanya – Astro Awani

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/09/prn-sabah-polis-siasat-mohamaddin-ketapi.html#ixzz6YkOf3VLS

Friday, September 18, 2020

Sejak bila PAS beranakkan PAN?


DALAM mencari undi tanpa batasan moral, pemimpin WARISAN mendakwa PAN adalah anak kepada PAS. Tujuannya hanya satu, untuk mengelirukan pengundi supaya penyokong PAS mengundi mereka. Dakwaan ini amat janggal, bahkan bertentangan dengan dakwaan Lim Kit Siang bahawa merekalah yang mengusahakan penubuhan PAN. Hatta, warna oren itu pun adalah pilihan DAP untuk mewarnai perjuangan PAN.

Semua khalayak politik tahu, bahawa PAN bermula dengan penubuhan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dalam September 2014. Apabila sebahagian mereka tewas dalam pemilihan PAS 2015, mereka membentuk G18 (Kumpulan 18), sebelum bertukar menjadi GHB (Gerakan Harapan Baru), dan akhirnya menjadi PAN setelah beberapa proses ‘membeli’ parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) dan Parti Pekerja-pekerja Malaysia (MWP). Inilah ‘origin of PAN.’

Ada juga pengkaji yang mengatakan PAN adalah parti yang disusun penubuhannya oleh IRC. Sejak 1998, terdapat segolongan ahli IRC menyusup masuk (infiltrate) ke dalam PAS, tetapi ia berlaku secara besar-besaran selepas 2004. Mereka cuba menguasai pos-pos strategik dalam PAS dan akhirnya berusaha menguasai kepemimpinan PAS. Pergerakan IRC telah diwakili oleh IKRAM di dalam parti-parti pembangkang ketika itu. Kerana itu berlaku pertembungan besar dalam kepemimpinan PAS sebelum 2015. Mereka adalah pemimpin PAS yang menyokong Anwar Ibrahim, tidak mendukung Presiden PAS. Mereka juga membawa agenda Liberal dalam PAS. Apabila mereka gagal menguasai PAS pada 2015, mereka menubuhkan PAN.

Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa secara teknikal PAN memang anak PAS kerana ia ditubuhkan oleh bekas-bekas pimpinan dan ahli PAS. Tetapi saya bertegas, bahawa PAN bukan ditubuhkan oleh bekas pimpinan PAS, tetapi ia ditubuhkan oleh pimpinan dan ahli PAN yang berada dan menyusup dalam PAS. Dasar, fikrah dan agenda mereka sudah lama dibiakkan dalam PAS, tetapi mereka gagal memperdayakan pimpinan dan ahli PAS. Mereka cuba mengubah dasar dan perjuangan PAS tetapi gagal. Mereka cuba menjadikan PAS parti Islam yang Liberal tetapi mereka juga gagal. Lalu seluruh pimpinan dan ahli PAN yang berada di dalam PAS terpaksa menjelmakan diri dan wajah sebenar mereka pada 2015. Maka lahirlah PAN.

Hakikatnya, PAN adalah parti yang ditubuhkan oleh pemimpin dan ahli PAN yang berada di dalam PAS. Mereka sekali-kali bukan PAS!

MOHD FADLI GHANI 
17/9/2020

Wednesday, July 29, 2020

PKR akan ambil tindakan tegas ke atas Adun sokong Musa Aman

Mohamad Fadli
-July 29, 2020 9:59 PM

Kenny Chua (4 dari kiri) menghadiri sidang media Musa Aman di rumah bekas ketua menteri Sabah itu di Kota Kinabalu hari ini.

PETALING JAYA: PKR akan mengambil tindakan terhadap Adun Inanam merangkap Naib Ketua PKR Sabah, Kenny Chua kerana menyokong bekas ketua menteri, Musa Aman untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

“Tindakan tegas akan diambil,” kata Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin secara ringkas kepada FMT.

Chua antara Adun yang menghadiri sidang media Musa petang tadi untuk mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah yang baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun di negeri itu.

Musa dilaporkan berkata, beliau sudah menerima surah akuan daripada Adun yang mengesahkan pendirian mereka untuk menyertai gabungan baru yang akan diketuainya.

Beliau berkata, gabungan itu merangkumi wakil rakyat daripada Umno Sabah, PPBM, STAR, PBS dan Adun PKR, DAP, Warisan serta Upko.

Katanya, kerajaan negeri baru itu, jika berjaya ditubuhkan, akan tampil dengan dasar lebih baik untuk membebaskan Sabah daripada keadaan ekonomi sedia ada disebabkan kerajaan pimpinan Warisan.

Musa Aman umum cukup majoriti bentuk kerajaan baru Sabah

Diterbitkan Hari ini 7:01 pm

Dikemas kini dengan kenyataan sumber Pejabat Ketua Menteri bahawa Shafie masih mempunyai sokongan cukup untuk mempertahankan kerajaan Warisan.

Ahli politik veteran Musa Aman mengumumkan mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru Sabah.

Katanya sebuah gabungan baru diterajuinya dibentuk dan dia akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) yang mengesahkan sokongan diterima kepada yang dipertua negeri Sabah.

“Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, setiausaha politik kepada PM telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru,” katanya.
Jika majoriti dapat dibuktikan, gabungan itu akan mengambil alih tampuk kepimpinan negeri daripada Warisan pimpinan Ketua Menteri Shafie Apdal, yang juga sekutu Dr Mahathir Mohamad.

Sabah mempunyai 65 anggota dewan undangan negeri (Adun), termasuk lima Adun dilantik.

Musa, bekas ketua menteri di era BN, harus membuktikan dia mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 33 dalam Dewan Undangan Negeri untuk membentuk kerajaan baru.

Pada 19 Julai lalu, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin membayangkan gabungan baru di Sabah yang disebut sebagai "BN Sabah plus plus" sebagai dasar rundingan kerusi untuk memastikan kemenangan buat PN.

Musa tak cukup sokongan - pejabat KM

Sementara itu, sumber Pejabat Ketua Menteri memberitahu Malaysiakini bahawa Shafie juga masih mempunyai sokongan cukup untuk mempertahankan kerajaan Warisan.

Dia juga dijangka mengumumkan sokongannya, juga dalam bentuk SD.

“Musa tak cukup sokongan. Shafie akan buat pengumuman tak lama lagi,” kata sumber.

Setakat semalam, Warisan yang disokong Upko, DAP dan PKR, mempunyai 43 kerusi dalam dewan.

Wednesday, July 22, 2020

Dr M akan ‘peningkan’ Warisan, kata ahli akademik

Tracy Patrick
-July 22, 2020 8:48 AM


KOTA KINABALU: Kenyataan Warisan mengenai kemungkinan membolehkan Dr Mahathir Mohamad menyertai parti itu mengundang amaran daripada seorang ahli akademik tentang kesukaran yang akan dihadapi parti itu dalam berdepan para penyokong.

Pemimpin Warisan akan perlu menjelaskan banyak perkara, kata Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak.

“Mereka perlu jelaskan fokus parti, hala tujunya, dan wawasannya kerana Mahathir tidak dikenali sebagai seorang yang menyokong autonomi untuk Sabah,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Warisan, Liew Vui Keong baru-baru ini yang menjawab laporan tentang spekulasi mengatakan bekas perdana menteri itu mungkin menyertai parti itu.

Liew berkata pemimpin Warisan akan perlu pertimbangkan pindaan pada perlembagaan parti bagi menjadikan ia parti nasional untuk membolehkan penyertaan Mahathir.

Puyok tidak yakin Warisan akan ada kuasa tarikan di luar Sabah.

Beliau tertanya adakah Warisan kini sedia mengendurkan fahaman hak Sabahnya dan slogan berkaitan, mengatakan ia memainkan peranan dalam kejayaan pada pilihan raya umum 2018.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan percaya Liew tidak memikirkan perkara itu semasak-masaknya sebelum membuat kenyataan itu.

Katanya, penyertaan Mahathir bermakna bekas perdana menteri itu perlu menurut perintah Presiden Shafie Apdal.

“Saya tak fikir Mahathir sedia merendahkan dirinya kecuali beliau lebih terdesak daripada Shafie,” tambahnya.

Beliau juga berkata kesediaan Warisan menerima Mahathir agak ironik memandangkan parti itu berulang kali berikrar akan menuntut semula hak ngeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dan bekas perdana menteri itu didakwa menafikan hak-hak itu.

“Sekiranya Mahathir sertai parti itu dan menjadi pengerusinya, ia memberi gambaran Shafie dan partinya bawah perintah Tanah Melayu,” tambahnya.

Bekas perdana menteri itu juga dituduh mendalangi Projek IC di Sabah, iaitu dakwaan pemberian kewarganegaraan kepada pendatang secara sistematik.

“Projek IC 2.0 masih boleh berlaku,” kata Kitingan. “Sekiranya ia berlaku, kita akan terpaksa melupakan saja Perjanjian Malaysia dan hak negeri.”

Seorang pemimpin kanan Warisan beritahu FMT tidak semua dalam parti itu ingin Mahathir menjadi ahli parti.

Bagaimanapun, keputusan terserah kepada Shafie dan setiausaha parti, katanya.

Beberapa pengulas politik berkata Warisan sepatutnya tumpu kepada kecekapan kerajaan negeri dan bukan terlalu fokus kepada politik.

Cadangan tentang keahlian Mahathir itu dilihat sebagai cubaan Warisan memastikan ia dapat bertahan di sebalik peletakan keahlian ahli akar umbi dan beberapa ahlinya dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kerajaan negeri sering dikritik kreana tidak menunjukkan keazaman secukupnya untuk memulakan projek yang akan memanfaatkan ekonomi Sabah.

Ahli majlis tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan mengkritik Shafie susulan dakwaan tiada tindakan susulan kepada pengumuman sebelum ini.

Friday, July 10, 2020

Kem Mahathir umum blok bebas bersama Warisan


Enam anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas.

Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahupun bersama Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Kami membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kamitidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

“Kami juga menentang sebarangusaha untuk menggantikan Speaker (Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof) dan akanmeneruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang menubuh kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

“Kami masih utama perjuangan asal kami iaitu menolak kembalinya kerajaan kleptokrasi,” katan mereka dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

‘Langkah Sheraton’ pada Februari lalu menyaksikan kerajaan PH tumbang dan susulan itu parti komponen utamanya - PKR, DAP dan Amanah - cuba menghidupkan PH Plus bersama wakil rakyat yang setia kepada Dr Mahathir dan Warisan.

Walau bagaimanapun sehingga hari ini, gabungan itu gagal menamakan calon perdana menteri mereka.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PH Plus bersetuju supaya Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal dilantik sebagai calon perdana menteri.

Namun, mesyuarat Majlis Presiden PH pada 6 Julai lalu memutuskan untuk tidak menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri PH Plus. Mereka sebaliknya menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri kelapan.

“Bagi pihak kami, mencalonkan Shafie sebagai perdana menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil.

“Ia bukan sahaja kerana kita percaya dia akan berkeupayaan untuk mendapatkan sokongan majoriti tetapi juga satu langkah ke hadapan demi mempertingkat hubungan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Dr Mahathir selaku ahli parlimen Langkawi; Mukhriz mahatir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr Shahruddin Salleh (Sri Gading).

Kecuali Shahruddin, keahlian mereka dalam Bersatu telah ditamatkan.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.
Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan
.LANGGAN DAN SOKONG MEDIA BEBAS

Sunday, June 28, 2020

Shafie Apdal sebagai PM, sukar tanpa sokongan Anwar, PKR

Oleh MohdAnwar Patho Rohman
wananwar@bh.com.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal, sukar menjadi Perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) Plus membentuk kerajaan, tanpa sokongan PKR dan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis, berkata cadangan melantik Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan boleh tertunai jika mendapat sokongan Anwar dan Ahli Parlimen PKR.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan berkata, cadangan itu boleh menjadi kenyataan jika digerakkan secara kolektif sebagai pakatan pembangkang dengan sokongan sepenuhnya daripada PKR.

"Hendak lantik sesiapa pun jadi Perdana Menteri bukan persoalannya tetapi apakah pakatan itu mempunyai cukup bilangan kerusi di parlimen.

"Cadangan itu juga berisiko tersekat di tengah jalan jika ditolak dengan kuat oleh Anwar dan PKR atau Ahli Parlimen Sarawak termasuk dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila umumkan bersetuju mencalonkan Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri jika PH Plus berkuasa semula manakala Anwar Timbalan Perdana Menteri I dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Timbalan Perdana Menteri II.

Dr Mahathir mendakwa cadangan supaya Mohd Shafie menjadi calon Perdana Menteri bagi PH dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu kelmarin.

Bagaimanapun, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang turut hadir pada perbincangan itu menegaskan cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu serta seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan secara bersama.

Mujibu berkata, cadangan itu pada dasarnya sukar untuk direalisasikan kerana ditolak oleh Anwar dan PKR serta parti di Sarawak yang menggelarkan idea itu sebagai 'fantasi politik'.

"Barangkali, kedua-dua pihak sudah menghidu yang ini hanya sekadar 'permainan akal' Dr Mahathir," katanya.

Beliau berkata, cadangan dikemukakan Dr Mahathir itu berkemungkinan satu eksperimen hendak menarik sokongan dari Sabah dan Sarawak serta menguji sejauh mana penerimaan warga Borneo dalam politik Malaysia yang didominasi orang Semenanjung.

"Dari segi taktikal, dengan ketiadaan PKR, pembentukan kerajaan PH Plus nampaknya bergantung kepada kerusi dari Sabah dan Sarawak dalam mengimbangi kerusi PKR.

"Dr Mahathir mungkin melihat sokongan AMANAH dan DAP serta bilangan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang relatifnya kecil tidak akan mampu merampas kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) tanpa sokongan parti dari Sabah dan Sarawak terutamanya WARISAN dan GPS," katanya.

Beliau juga berkata, langkah mencadangkan nama Mohd Shafie mungkin idea terbaik bagi tujuan mengembalikan PH sebagai kerajaan termasuk menarik semula Anwar dalam kerajaan.

"Setakat ini AMANAH dan DAP nampaknya bersetuju, tetapi usaha dibuat untuk menarik Anwar kembali dalam kerajaan PH dengan mencadangkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri I mungkin ditolak oleh Anwar," katanya.

Sunday, February 23, 2020

LANGSUNG: Gabungan baru? Bersatu, Umno, kem Azmin, GPS, PAS, Warisan di Istana Negara

Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 6:20 petang


BERITA

LANGSUNG | Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan-kumpulan politik yang bermula pagi ini.

Sumber: Bersatu, Umno, kem Azmin, GPS, PAS, Warisan di Istana Negara

7.11 petang: Istana Negara - Sumber yang dekat dengan istana mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa enam parti yang kini berada di istana ialah Bersatu, Umno, PKR (kem Azmin), GPS, PAS dan Warisan.

Pemimpin yang ada di sana ialah:

Dr Mahathir Mohamad (pengerusi Bersatu)

Muhyiddin Yassin (presiden Bersatu)

Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno)

Azmin Ali (timbalan presiden PKR)

Abang Johari Openg (presiden GPS)

Shafie Apdal (presiden Warisan)

Abdul Hadi Awang (presiden PAS)

PM tak akan buat sidang media, kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri

7 petang: Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengadakan sidang media malam ini.

Ia sebagai respons kepada permintaan pemberita yang inginkan pengesahan berkenaan kemungkinan ada sidang media atau pengumuman besar oleh perdana menteri nanti.

Jurucakap itu juga berkata Mahathir tidak akan ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, di mana beliau dikatakan akan mengadakan sidang media tersebut.

Sumber: Dr M, wakil 6 parti di Istana Negara

7 petang: Istana Negara - Sumber yang rapat dengan istana memberitahu Malaysiakini bahawa pemimpin daripada enam parti kini telah tiba.

Bagaimanapun sumber itu tidak menyatakan nama parti tersebut.

Mahathir juga telah tiba.

Setakat ini, Malaysiakini boleh mengesahkan pemimpin GPS dan Umno dalam perjalanan ke istana.

Kumpulan lain yang terlibat dalam pertemuan hari ini termasuklah Bersatu, Warisan dan anggota parlimen PKR yang menyokong Azmin.

PAS pula mengadakan pemukiman dengan Umno di Janda Baik, Pahang, pada hujung minggu ini.

6.35pm: Hotel Sheraton Petaling Jaya - Para penyokong mula berkumpul di sini, di mana pemimpin PKR yang menyokong Azmin sudah berada di sini sepanjang hari.

Rata-ratanya berlegar di hotel tersebut.

Kira-kira pukul sembilan pagi hari ini, pemimpin PKR seperti Zuraida Kamaruddin, Kamaruddin Jaafar, Saifuddin Abdullah dan Rashid Hasnon sudah berada di sini.

Anggota parlimen PKR yang ada pula antaranya Willie Mongin (Puncak Borneo), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Mansor Othman (Nibong Tebal), Edmund.

Kereta Edmund Santhara Kumar (Segamat) pula dilihat di lobi hotel.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan sidang media di sini nanti.

Zahid sah ke Istana Negara

6.30 petang: Istana Negara - Malaysiakini boleh mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perjalanan ke Istana Negara.

Perkara itu disahkan oleh seorang pemimpin kanan Umno.

Satu lagi sumber Umno berkata pertemuan di istana sepatutnya berlaku lebih awal tetapi tertangguh kerana mesyuarat GPS berlangsung lebih lama daripada jangkaan.

Terdahulu kenderaan ketua GPS Abang Johari Openg dilihat ada di perkarangan istana.

'PAS tunggu dan lihat'

6.30 petang: Di saat beberapa pemimpin telah tiba atau dalam perjalanan ke Istana Negara, masih belum ada sebarang khabar berkenaan penglibatan PAS.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah memaklumkan pihaknya mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' berhubung spekulasi kemungkinan perubahan kerajaan, ekoran pertemuan kumpulan politik hari ini.

Katanya, setakat ini PAS tidak membuat sebarang mesyuarat tergempar.

"Saya ada di Kuala Lumpur, tak ada mesyuarat (PAS), saya ada urusan lain. Saya baru balik Janda Baik juga (pemukiman Muafakat Nasional).

"Kita pun tunggu dan lihat (perkembangan), sebab itu urusan PH dan perdana menteri," katanya.

Polis bersedia

6.20 petang: Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan polis dalam keadaan sedia untuk kemungkinan sidang media oleh Perdana Menteri Dr Mahathir MOhamad.

Ia selepas Malaysiakini memintanya mengesahkan berhubung makluman berkenaan kawalan keselamatan terhadap pemimpin di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Sumber politik memberitahu Malaysiakini bahawa Mahathir dijangka mengadakan sidang media di sana selepas ke Istana Negara.

MP PKR beredar dari rumah Anwar

6.15 petang: Rumah Anwar, Segambut - Beberapa MP PKR yang menyokong Anwar dilihat beredar.

Antaranya Nik Nazmi (Setiawangsa), Johari Abdul (Sungai Petani), Saifuddin Nasution (Bandar Bahru Kulim), Wong Chen (Subang), Chang Lih Kang (Tanjung Malim), Lee Boon Chye (Gopeng), William Leong (Selayang), Fahmi Fadli (Lembah Pantai), Xavier Jayakumar (Kuala Langat).

Mereka enggan bercakap dengan pemberita.

Apakah Dr M ke Istana Negara?

6.10 petang: Istana Negara - Sumber yang dekat dengan istana berkata pihaknya menjangkakan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sumber berkata Mahathir dijangka tiba lebih awal, tetapi belum berbuat demikian.

Sementara itu, Malaysiakini boleh mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dilihat berada di perkarangan istana.

Zahid tak lama di PWTC

6 petang: PWTC - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Umno, tetapi tidak lama.

Sumber Umno mengatakan Zahid bergerak ke Istana Negara susulan rancangan sidang media di Hotel Sheraton Petaling Jaya, tetapi dakwaan itu tidak boleh disahkan secara bebas.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dijangka diadakan akan dipengerusikan oleh setiausaha agung Annuar Musa.

Penyokong Anwar tiba di Segambut

5.50 petang: Rumah Anwar, Segambut - Kegiatan mula rancak apabila anggota parlimen PKR yang menyokong Anwar mula tiba di sini.

Antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang).

Di tengah-tengah pergerakan politik hari ini, penyokong presiden PKR itu menggesa himpunan diadakan di sini.

5.38 petang: Hotel Ritz Carlton - Sejak pagi tadi tumpuan ke arah kem Azmin dalam PKR, Bersatu, GPS, PAS dan Umno.

Bagaimanapun Warisan juga kini tampak turut terlibat apabila presidennya Shafie Apdal dilihat berada di sini, di mana pemimpin GPS berkumpul.

Beliau tidak bercakap dengan pemberita dan terus masuk ke hotel.

Warisan memiliki sembilan anggota parlimen.

5 petang: Ringkasan pertemuan dan perkembangannya:

Hotel Sheraton, Petaling Jaya - pemimpin PKR yang menyokong Azmin, beberapa pemimpin Bersatu.

Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur - Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan.

Istana Negara - Wartawan mula berkumpul sejak tengah hari tadi, konvoi kenderaan turut dilihat memasuki kawasan istana.

Rumah Anwar di Bukit Segambut - Penyokong mula berkumpul untuk majlis bacaan Yaasin dan sembahyang hajat.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - Pemimpin Umno berkumpul, ada yang masih dalam perjalanan.

Ibu pejabat PAS - Sumber PAS mengatakan mesyuarat mungkin diadakan malam ini, tetapi ia belum disahkan.

Pagi ini, sejumlah anggota parlimen PKR yang menyokong timbalan presiden Azmin Ali mula berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Ia terletak hanya kira-kira satu kilometer dari ibu pejabat Bersatu, di mana pemimpin parti itu turut bermesyuarat.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa kem Azmin mungkin akan bekerjasama dengan Bersatu. Bagaimanapun desas-desus politik kian meningkat apabila jelas parti pembangkang juga terlibat.

Di Hotel Ritz Carlton di Kuala Lumpur, pemimpin GPS diketuai Abang Johari Openg mula berkumpul pada tengah hari. Tidak jelas bila mereka tiba dari Sarawak.

Pada masa sama, pemimpin Umno, yang mengadakan pemukiman dengan PAS di Janda Baik, Pahang pagi tadi mula kembali ke ibu pejabat parti di PWTC, Kuala Lumpur, pada petang tadi.

Pemimpin DAP, Amanah, dan PKR yang menyokong presiden Anwar Ibrahim tampak tidak termasuk dalam pergerakan hari ini memandangkan beberapa yang dihubungi Malaysiakini, berkata mereka tidak tahu-menahu dengan apa yang berlaku.

Mereka yang terbabit pula mengunci mulut di tengah-tengah keadaan yang masih berlangsung.

Sunday, January 12, 2020

Rehatkan ‘kuda tua’ Karim, Najib beritahu pengundi Kimanis

Jason Santos dan Durie Rainer Fong
-January 12, 2020 9:04 AM
Bekas perdana menteri Najib Razak menyampaikan ceramah di kampung Pimping, Kimanis, malam tadi.

KIMANIS: Najib Razak mengkritik calon Warisan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, Karim Bujang malam tadi, dengan bertanya apakah yang telah dilakukan oleh bekas Adun Bongawan selama 5 penggal itu untuk pengundi.

Najib menyifatkan Karim sebagai “kuda tua” yang tidak lagi mampu berbuat apa-apa, menyebabkan kira-kira 500 khalayak yang menghadiri ceramah di Kampung Pimping di sini ketawa.

“Calon Warisan kuda tua. Jika ia kuda tua, ia harus ‘disembelih’.

“Dia wakil rakyat selama 5 penggal. Apa yang dia buat?,” soal bekas perdana menteri itu.

Karim, 67, merupakan Adun Bongawan dari 1990 hingga 2013 semasa beliau masih bersama Umno. Beliau berdepan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Alamin, dalam PRK KImanis Sabtu depan.

Najib berkata, Kimanis memerlukan pemimpin lebih muda dan calon Umno, Mohamad, yang berusia 48 tahun boleh menjadi suara penduduk serta BN di Parlimen.

Beliau berkata, kemenangan BN dalam PRK Kimanis akan membuktikan bahawa Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 kerana “penipuan dan fitnah”.

Bekas presiden Umno itu juga berkata, pemimpin BN tidak pernah cuba mencuri hak Sabah, dengan menambah bahawa beliau bertanggungjawab memperkenalkan dasar yang menghendaki sekurang-kurangnya 90% guru sekolah di Sabah mestilah merupakan rakyat negeri itu.

Katanya, beliau merupakan perdana menteri pertama yang berusaha mengambalikan hak Sabah, bukan Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memegang jawatan itu selama 22 tahun sebelum ini.

“Kita juga memulakan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia, tetapi malangnya kita tidak dapat memulakan proses itu. Bagaimanapun memang menjadi niat kerajaan BN untuk memberikannya (hak Sabah),” katanya.

Najib juga berjanji untuk menamatkan program Pas Sementara Sabah (PSS) sekiranya BN berjaya menawan semula Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Dalam pada itu, pengerusi Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin menegaskan PSS tidak dimulakan oleh BN dengan berkata, Warisan-PH beria-ria mahu menyalahkan BN sehingga mereka “mendorong Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin supaya berbohong”.

“Ia satu penipuan untuk menutup kesilapan mereka,” katanya.

Beliau berkata, rancangan PSS tidak pun melepasi tahap perbincangan jawatankuasa teknikal Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin.

Sunday, January 5, 2020

#PrkKimanis : Anti Semenanjung, Shafie lupa dia pernah dilantik Pengerusi Umno Kedah.



Presiden parti Warisan, Tan Sri Shafie Apdal menuduh UMNO sebagai parti rasis dan bersikap kuku besi. Beliau juga menuduh UMNO tidak berbuat apa-apa untuk Sabah kerana pentingkan Semenanjung sahaja.

Shafie terlupa bahawa BN telah memperuntukkan dana yang amat besar kepada Sabah. Beliau menjadi Menteri KKLW selama 7 tahun tetapi gagal menjalankan tugasnya dengan baik.
Penyelewengan terbesar dalam sejarah negara berlaku dalam projek bekalan air di Sabah dengan nilai berbillion. Lupakah Shafie?

Shafie mungkin terlupa bahawa dia pernah menjadi Naib Presiden UMNO dengan undian tertinggi dari ahli UMNO. Pastinya ramai yang mengundi beliau adalah dari Semenanjung.

Jadi di mana logiknya bila beliau menuduh dan memfitnah UMNO yang amat berjasa kepadanya. Apa yang beliau ada hari ini adalah hasil dari pebglibatannya dalam UMNO. Malah UMNO juga pernah melantik beliau untuk menerajui UMNO Kedah walaupun dia dari Sabah.

Elok Shafie bermuhasabah dirinya dan hentikan memfitnah UMNO.

#PrkKimanis: Karim Bujang Hairan, Rakyat Lagi Hairan

 rhg
oleh Ab Jalil Backer


Calon Warisan bagi PRK Kimanis Karim Bujang menyatakan beliau hairan melihat Najib Razak disambut baik di Kimanis walaupun bekas Perdana Menteri itu berhadapan dengan puluhan tuduhan penyelewengan.

Jika Karim tahu budaya orang Malaysia tentulah beliau faham bahawa rakyat negara ini jenis tahu mengenang jasa dan menghormati bekas pemimpin.

Jika Karim hairan melihat orang sambut Najib Razak, rakyat lagi hairan melihat magik dan sihir Pakatan Harapan (PH).

Rakyat hairan kerana sebaik PH menang individu yang berada dalam siasatan SPRM berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Rakyat hairan kes Shafie Apdal diklasifikasikan sebagai Non Further Action (NFA) oleh Peguam Negara lantikan politik.

Rakyat juga hairan melihat Lim Guan Eng yang berhadapan perbicaraan rasuah di Mahkamah dilantik sebagai Menteri Kewangan dan kes beliau ditarik balik oleh Peguam Negara lantikan PH.

Rakyat juga hairan tiba-tiba sahaja Warisan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sedangkan project IC di sabah berlaku pada zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

Paling rakyat hairan BN yang menang di negeri Sabah dalam PRU lepas, namun akhirnya Warisan yang memerintah akibat permainan kotor di belakang tabir dengan bantuan Persekutuan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-