Monday, May 13, 2019

AMK Kelantan buat laporan polis terhadap Takiyuddin

Bernama
May 13, 2019 6:00 pm
Datuk Takiyuddin Hassan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kerana memperlekehkan pengampunan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK Machang Muhammad Arif Mukhtar berkata sebagai seorang Anggota Parlimen dan pengamal undang-undang sepatutnya beliau lebih memahami peraturan dan undang-undang negara dan tidak seharusnya memperlekehkan keputusan yang telah dibuat oleh Yang Di- Pertuan Agong

“Kami mewakili AMK Kelantan mahu pihak polis menyiasat ucapan Takiyuddin,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Exco AMK Malaysia hairan bagaimana pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam dan orang Melayu boleh memperlekehkan keputusan yang dibuat oleh Yang di- Pertuan Agong

Ketika berucap pada kempen PRK Sandakan Rabu lalu, Takiyuddin mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal perdana menteri.

Video ucapan Takiyuddin semasa berkempenpada PRK Sandakan itu turut tular di media sosial dan dikongsi netizen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-