Monday, June 10, 2019
Anwar: Terima keputusan Dr M, beri ruang Latheefa jalankan tugas
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menerima keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau juga menggesa Latheefa dan SPRM diberi ruang untuk melaksanakan tugas mereka.
Dalam kenyataan hari ini, beliau maklum berkenaan pelbagai reaksi daripada PH, NGO dan masyarakat berkenaan pelantikan itu.
"Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan PH.
"Saya yakin perdana menteri dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada kabinet dan Majlis Presiden PH.
"Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Dr Mahathir dan memberi ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan," katanya lagi.
Kenyataan itu di saat sejumlah anggota parlimen PKR, antaranya Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), secara terbuka membantah pelantikan itu.
Pelantikan Latheefa mengundang kritikan memandangkan Mahathir membuat keputusan tanpa berbincang dengan kabinet dan melalui parlimen.
Bagaimanapun ada pihak mengatakan ketegasan bekas anggota PKR itu menyebabkan beliau sebagai orang paling sesuai memegang jawatan itu.
Khamis lalu, Anwar berkata Mahathir perlu menjelaskan soal pelantikan itu, antaranya kerana ia tidak menepati janji PH berkenaan pelantikan jawatan-jawatan utama.
Sementara itu, anggota parlimen Port Dickson itu berkata polemik itu secara positif telah memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas dengan adil.
"SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baru. Pimpinan PH, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanannya," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.