Monday, June 17, 2019

MKI lulus cadangan seragam undang-undang kesalahan syariah di Semenanjung

MALAYSIADATELINE
June 17, 2019 7:30 am

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah meluluskan cadangan Penyeragaman Undang-undang Kesalahan Syariah Negeri-negeri di seluruh Semenanjung.

Mesyuarat MKI kali ke-66 itu telah diadakan pada Khamis lepas.

Dalam satu kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu berkata, satu draf model undang-undang kesalahan jenayah syariah akan digubal melalui pindaan sebahagian daripada peruntukan sedia ada dan penambahan beberapa peruntukan baharu di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dengan mengambilkria semua peruntukan sedia ada di bawah undang-undang kesalahan syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri.

Kata kenyataan itu lagi, draf model undang-undang berkenaan akan dibentangkan kepada negeri-negeri melalui forum tertentu bagi mendapatkan pandangan, maklumbalas dan persetujuan negeri.

“Jika ia dipersetujui draf tersebut akan dijadikan model undang-undang yang boleh dijadikan asas dan panduan kepada negeri dalam mengubal undang-undang kesalahan syariah yang seragam,” ujar kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, ketidakseragaman undang-undang syariah di semua negeri di Semenanjung boleh menyebabkan ketidakadilan khususnya kepada tertuduh, pihak pendakwaan dan pihak yang terlibat dalam sesuatu kes jenayah syariah.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/mki-lulus-cadangan-seragam-undang-undang-kesalahan-syariah-di-semenanjung/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-