Thursday, June 27, 2019

Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie tak terima dana 1MDB, kata Guan Eng

Manirajan Ramasamy
-June 27, 2019 2:55 PM

Muhyiddin Yassin (dari kiri), Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal pernah menjadi ketua Umno Johor, Kedah serta Sabah.

PUTRAJAYA:   Lim Guan Eng hari ini mempertahankan 3 bekas ketua Umno negeri yang kini bersama Pakatan Harapan, susulan gesaan parti pembangkang untuk beliau menyatakan sama ada mereka turut menerima wang daripada Najib Razak.

Menteri kewangan itu berkata, Mukhriz Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang pernah mengetuai Umno Kedah, Johor dan Sabah, tidak menerima wang 1MDB dalam akaun peribadi mereka.

Sebelum ini, Lim dilaporkan berkata, terdapat lebih 41 penerima wang didakwa daripada 1MDB seperti dinamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam permohonan pelucuthakan sivil difailkan baru-baru ini.

Ia disusuli Presiden Gerakan, Dominic Lau yang bertanya Lim sama ada 3 pemimpin PH antara penerima dana itu.

Hari ini, Lim mempertikaikan mengapa Lau tidak bersuara ketika dana 1MDB ditemui dalam akaun bank Najib.

“Gerakan gagal mempersoalkan Najib Razak ketika wang itu dimasukkan ke akaun peribadinya dari 1MDB,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Belanjawan 2020 di Kementerian Kewangan hari ini.

Muhyiddin yang disingkir daripada Kabinet pada 2015 kerana lantang mengkritik cara Najib menguruskan skandal 1MDB, kini ialah menteri dalam negeri, manakala Mukhriz menjadi menteri besar Kedah dan Shafie ialah ketua menteri Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-