Friday, June 7, 2019

PAS alu-alukan pelantikan Latheefa Koya

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
06 JUNE 2019


PAS mengalu-alukan pelantikan Peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.

Mengikut Seksyen 5(1), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM atas nasihat Perdana Menteri.

PAS yakin Latheefa Koya adalah seorang yang berkelayakan dan berperwatakan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut, lebih-lebih lagi beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik.

Walau bagaimanapun beliau perlu membuktikan dengan lebih jelas bahawa beliau boleh melaksanakan tugas jawatan tersebut dengan ‘tanpa takut atau memihak’ (without fear or favour) demi memerangi gejala rasuah di semua peringkat.

PAS mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh integriti kepada Latheefa Koya.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 6 Jun 2019

 – HARAKAHDAILY 6/6/2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-