Tuesday, June 18, 2019

Pas dakwa KPM libatkan orang bukan Islam dalam kajiselidik pendidikan Islam

MALAYSIADATELINE

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa untuk mendedahkan keanggotaan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) dan menjelaskan sama ada penglibatan orang bukan Islam dalam kajian tinjauan dalam talian yang ditubuhkan dalam usaha menambahbaik mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Kebangsaan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini susulan hantaran yang dimuatnaik oleh Timbalan Menteri Pendiidkan Teo Nie Ching di laman facebooknya dan maklumat kemudiannya dipadamkjan tetapi ia masih terdapat di laman sesawang kementerian pendidikan.

“Hantaran yang dibuat oleh Teo Nie Ching di Facebook beliau semalam yang kemudiannya dipadam semula tetapi kandungan hantaran itu masih disiarkan di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mendukacitakan kerana beliau turut mahu melibatkan orang bukan Islam dalam perkara ini.
“Melibatkan orang bukan Islam dalam perkara seperti ini hanya menunjukkan Timbalan Menteri Pendidikan sedang membuka ruang seluasnya kepada orang bukan Islam untuk campur tangan dalam urusan orang Islam.

“Adakah perkara ini adalah usaha peribadi beliau atau inisiatif rasmi KPM?

“Jika ia adalah inisiatif rasmi KPM mengapa tidak Menteri sendiri yang beragama Islam mengumumkan mengenainya memandangkan umum mengetahui bahawa perkara yang menyentuh kepentingan Islam dan umat Islam seperti ini adalah amat sensitif lebih-lebih lagi di era Malaysia Baharu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiadateline meninjau sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini masih terdapat hantaran berkaitan: Kajian Tinjauan Dalam Talian Oleh Pasukan Khas Pendidikan Islam (PPKI) Di Bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang disambungkan terus kepada borang kajiselidik walaupun tarikh tutup pada 15 Jun 2019, ia masih lagi aktif dan boleh diakses di laman kementerian pendidikan Malaysia itu.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/pas-dakwa-kpm-libatkan-orang-bukan-islam-dalam-kajiselidik-pendidikan-islam/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-