Friday, June 21, 2019

SPRM fail permohonan tuntut wang 1MDB

Annabelle Lee 
Diterbitkan Hari ini 11:24 tengahari


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata sebahagian besar daripada wang itu - iaitu RM212 juta - dituntut daripada Umno.

Menurut senarai yang disertakan, antara yang terlibat ialah Umno bahagian Pekan, Umno bahagian Johor Bahru dan Badan Perhubungan Umno beberapa negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pahang.

"Permohonan ini untuk mendapatkan semula wang (berkaitan) 1MDB yang disalah guna," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-