Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, July 16, 2019

Hamidah rela ke Tanjung Rambutan dari ke neraka kerana berbohong

News | Diterbitkan Hari ini 6:07 petang 


Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Hamidah Osman lebih rela masuk Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan daripada ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara.

Reaksi itu diberikan oleh bekas naib presiden Bersatu itu bagi mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad semalam.

Semalam Mahathir berkata individu yang mendakwa penubuhan Bersatu adalah hasil cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar 'masuk ke Tanjung Rambutan'.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti Melayu untuk menarik 10 peratus undi Umno.

"Saya agak hairan kenapa setelah mengakui, Dr Mahathir mencadangkan supaya saya dan Najib (Razak) masuk ke Tanjung Rambutan.

“Namun saya berpendapat biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada Bangsa Agama dan Negara.

"Saya tak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa saya untuk kepentingan sendiri," kata Hamidah melalui catatan di Facebooknya, hari ini.

Kelmarin, Kit Siang membidas bekas perdana menteri Najib Razak dengan menyifatkkanya sebagai penipu kerana mendakwa penubuhan Bersatu adalah hasil cadangannya.

Bagaimanapun, Hamidah semalam tampil mempertahankan dakwaan tersebut.

Hamidah berkata beliau menyaksikan cadangan itu dibuat sendiri oleh Kit Siang dalam satu perbincangan di Yayasan Kepimpinan Perdana yang turut dihadiri beberapa pemimpin.

Dalam hantaran sama, Hamidah berkata Dr Mahathir perlu bercakap benar kepada rakyat kerana akhirnya mereka akan menjawab di akhirat kelak.

“Di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain. Ini semua kita terpaksa jawab di akhirat nanti,” kata Hamidah.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-