Friday, July 12, 2019

Tiada janji Anwar jadi PM lepas dua tahun, kata Mukhriz

Diterbitkan pada 12 July 2019
OLEH IDA LIM
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bapanya perlu diberi masa memulihkan kedudukan ekonomi dan kewangan Malaysia.
 — Foto oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tiada persetujuan proses peralihan kuasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menteri besar Kedah berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan maklum perjanjian itu namun penyerahan jawatan perdana menteri dalam tempoh itu tidak pernah dipersetujui, lapor Nikkei Asian Review.

“Tiada perjanjian bahawa peralihan kuasa itu perlu berlaku dalam dua tahun. Mungkin ada cadangan seperti itu tetapi tiada dinyatakan atas kertas atau perjanjian lisan,” katanya.

Mukhriz mengakui rakan komponen berkongsi konsensus bahawa Dr Mahathir perlu diberi masa memulihkan kedudukan ekonomi dan kewangan Malaysia sebelum peralihan dibuat.

“Beliau perlu diberi masa yang cukup untuk melakukan apa yang beliau mahu. Walaupun sedar akan usianya, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan kerja,” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-