-July 7, 2019 1:46 PM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan untuk kembali memimpin adalah hak beliau yang dipilih sebagai presiden parti itu yang sah.
IPOH: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang mempertikaikan keputusan beliau untuk kembali menerajui parti selepas bercuti menjalankan tugas itu sejak Disember lepas.
Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan yang mahu keputusannya kembali memimpin UMNO perlu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi (MT) Umno, adalah tidak wajar.
“Saya balik (dari cuti) ini, dia kata ini perlu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi. Masa saya kata hendak cuti tidak pula kata perlu bincang di MT.
“Ini hak saya kerana saya dipilih sebagai presiden Umno yang sah,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan Umno Bahagian Tambun di bangunan Umno Perak di sini, hari ini.
Zahid mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai presiden Umno berkuatkuasa 30 Jun lalu selepas menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan pada Disember tahun lepas.
Pada hari yang sama, bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, MT parti perlu memberi pandangan sekiranya Zahid ingin kembali menerajui Umno.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian kerana dilihat tidak bersetuju dengan pendapat bekas presiden Umno Najib Razak sebelum itu yang menyatakan Zahid bebas untuk kembali tanpa perlu mendapat persetujuan MT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.