Showing posts with label Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Show all posts

Saturday, July 13, 2024

Pembangkang kuasai 4 negeri bukan sebab jentera mereka kuat - Ahmad Zahid

bharian.com.my
Oleh Baharom Bakar 
bhnews@bh.com.my
Julai 13, 2024 @ 7:46pm
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - NSTP/GHAZALI KORI

JERTIH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan parti itu tidak perlu berdiam diri, sebaliknya harus bersedia untuk menangkis setiap isu dibangkitkan pihak lawan.

Beliau menekankan, kejayaan parti pembangkang mencakupi PAS dan BERSATU menguasai Kelantan, Terengganu, Perlis serta Kedah pada pilihan raya lalu bukan disebabkan kekuatan jentera mereka.

Sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berpunca daripada kelemahan strategi.

"Kegagalan UMNO menguasai empat negeri pada PRU lalu disebabkan ada dalam kalangan ahli parti yang melemahkan sesama sendiri.

"Kita perlu mengubah strategi dan tidak terlalu memberi tumpuan kepada politik pembangunan serta perkhidmatan.

"Sebaliknya, kita perlu bersedia untuk menangani setiap isu yang dibangkitkan parti lawan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat; Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Muhammad Pehimi Yusof; dan Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh.

Seterusnya, Ahmad Zahid berkata, UMNO perlu membentuk jawatankuasa khas untuk menangani semua isu dibangkitkan parti pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri itu juga menegaskan, seluruh pimpinan UMNO perlu berubah dan memanfaatkan pelbagai kemudahan sekiranya ingin mengembalikan kegemilangan parti.

"UMNO dan BN gemilang ketika parti diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilantik sebagai Presiden dari 2003 hingga 2009.

"UMNO Terengganu juga mampu mengulangi kegemilangan sebagaimana diterajui Idris yang dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada 2018, apabila berjaya merampas Terengganu daripada terus dikuasai PAS pada 2004," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berikrar untuk terus memperjuangkan nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

Sunday, July 7, 2019

Zahid kecam pihak pertikai keputusan kembali pimpin Umno

Bernama
-July 7, 2019 1:46 PM

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan untuk kembali memimpin adalah hak beliau yang dipilih sebagai presiden parti itu yang sah.

IPOH: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang mempertikaikan keputusan beliau untuk kembali menerajui parti selepas bercuti menjalankan tugas itu sejak Disember lepas.

Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan yang mahu keputusannya kembali memimpin UMNO perlu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi (MT) Umno, adalah tidak wajar.

“Saya balik (dari cuti) ini, dia kata ini perlu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi. Masa saya kata hendak cuti tidak pula kata perlu bincang di MT.

“Ini hak saya kerana saya dipilih sebagai presiden Umno yang sah,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan Umno Bahagian Tambun di bangunan Umno Perak di sini, hari ini.

Zahid mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai presiden Umno berkuatkuasa 30 Jun lalu selepas menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan pada Disember tahun lepas.

Pada hari yang sama, bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, MT parti perlu memberi pandangan sekiranya Zahid ingin kembali menerajui Umno.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian kerana dilihat tidak bersetuju dengan pendapat bekas presiden Umno Najib Razak sebelum itu yang menyatakan Zahid bebas untuk kembali tanpa perlu mendapat persetujuan MT.

Sunday, June 30, 2019

Zahid bakal berdepan cabaran ‘tanggapan moral’, kata penganalisis

Mohamad Fadli
-June 30, 2019 6:53 PM

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan cabaran untuk membuktikan keberkesanan kepimpinannya berikutan pengumuman beliau hari ini untuk kembali aktif setelah bercuti selama 6 bulan.

PETALING JAYA:   Seorang penganalisis politik berkata, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan berdepan isu “tanggapan moral” di samping masalah keberkesanan dalam menjalankan semula tugas memimpin parti itu bermula hari ini.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, pihak luar seperti sesetengah ahli PAS, malah sesetengah pimpinan dan ahli Umno juga mungkin tidak bersetuju dengan perkembangan itu kerana menganggap parti itu dipimpin oleh individu yang terpalit dengan rasuah.

“Akan ada pihak yang mempersoalkan (kepimpinan Zahid) dari segi moral kerana beliau sedang berdepan dengan banyak pertuduhan di mahkamah.

“Jadi persoalan yang bermain di fikiran sesetengah pihak adalah bagaimana dakwaan rasuah yang tergantung di atas kepala Zahid ini, dan apakah dia boleh melaksanakan tugas dengan efektif,” katanya kepada FMT.
Kamarul Zaman Yusoff.
Terdahulu hari ini, Zahid mengumumkan akan kembali aktif memimpin Umno selepas bercuti selama 6 bulan sebelum ini.

Beliau membuat pengumuman itu pada satu majlis Hari Raya di Sungai Sumun di Perak, bersempena 1 tahun dipilih sebagai presiden Umno.

Dalam ucapannya, Zahid mengingatkan khalayak bahawa beliau dipilih, bukannya dilantik, sebagai presiden Umno setahun lepas.

Dalam pada itu, Kamarul berkata, keputusan Zahid untuk meneruskan tugasnya itu bukanlah satu masalah kerana tiada pihak atau peraturan yang boleh menghalangnya daripada berbuat demikian.

Beliau berkata, Zahid juga masih boleh berlindung di sebalik kenyataan bahawa beliau tidak bersalah selagi mahkamah tidak membuat keputusan sebaliknya.

“Beliau (Zahid) masih boleh berlindung di sebalik prinsip bahawa seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah seperti yang dipegang oleh PAS,” katanya.

Kamarul berkata, Zahid juga berdepan cabaran untuk meneruskan apa-apa yang telah dilakukan oleh Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, seperti kerjasama dengan parti pembangkang, terutama PAS.

Beliau berkata, Zahid berdepan tugas sukar untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) yang mungkin diadakan selepas ini kerana banyak kemenangan PRK sebelum ini diperoleh ketika Mohamad menjalankan tugas memimpin parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Zahid kini berdepan 87 pertuduhan di mahkamah membabitkan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Wednesday, December 19, 2018

Zahid serah kuasa pada Tok Mat

M Fakhrull Halim
Diterbitkan 18 Dis 2018, 11:00 malam


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan berkuat kuasa serta merta.

Jelasnya, keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.

“Jika benar saya menjadi punca utama (kepada lompat parti), maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas presiden.

“Ini tentunya sesuai dengan semangat dalam perlembagaan Umno sendiri bahawa jika presiden tidak mendapat ‘hidayah’, maka kaedah terbaik (adalah) berikan kepercayaan pada timbalan presiden untuk jalankan tugas presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program wacana Hati ke Hati di Auditorium Umno, Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam ini.

Selain itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa Mohamad dan dua orang naib presiden Umno telah dimaklumkan tentang hal tersebut.

Ditanya tempoh peralihan kuasa itu berlaku, Ahmad Zahid menjawab: “Sehingga Tok Mat rasakan beliau tidak sanggup lagi pikul tanggungjawab itu atau (setelah) beliau yakin saya boleh teruskan tugas dan tanggungjawab.”

Diminta menjelaskan alasannya tidak meletakkan jawatan, Ahmad Zahid berkata bahawa beliau lebih selesa untuk mengambil jalan tengah.

Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa selepas ini beliau akan memainkan peranan sebagai "presiden yang tidak menjalankan tugas".

Saturday, December 15, 2018

'Hanya PAU yang boleh lucutkan jawatan saya'

Published on December 15, 2018


SHAH ALAM – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hanya Perhimpunan Agung Umno yang boleh melucutkan jawatan yang dipegangya itu.

Oleh itu katanya, beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana desakan melepaskan jawatan.

“Dulu desakan bercuti. Sekarang desakan letak jawatan. Ok…yang boleh melucutkan jawatan saya hanyalah Perhimpunan Agung Umno sahaja.

“Ia mestilah dihadiri oleh dua per tiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya sekiranya ada yang mendesak supaya perhimpunan itu diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda Umno ketika ini, beliau berkata, terserah kepada Ibu Pejabat Umno.

“Itu ibu pejabat kena buat. Tetapi perlu dua pertiga daripada seluruh perwakilan. Awak tahu perwakilan ada berapa? 146,000 perwakilan. Itulah jumlahnya. Kena ada dua per tiga yang desak,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengatakan bakal berlaku gelombang ketiga Ahli Parlimen keluar Umno sekiranya beliau enggan melepaskan jawatan, Ahmad Zahid yang tidak gusar dengan apa yang didedahkan itu berkata, Hamzah tidak mempunyai hak bercakap mengenai parti lagi.

“Dia dah keluar Umno kan? Bila dia dah keluar Umno dia tidak boleh bercakap bagi pihak Umno,” katanya.

Hamzah antara enam Ahli Parlimen Umno yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Lima orang yang lain adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kelmarin, Umno Sabah lumpuh selepas hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Source: SH Politik

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-