Tuesday, August 20, 2019
Kenyataan penuh Dr Zakir Naik
Dr Zakir Naik | Diterbitkan Hari ini 11:06 tengahari
[Diterjemah daripada kenyataan asal dalam bahasa Inggeris - pengarang]
ULASAN | Saya sentiasa menjadi orang yang berpegang kepada keamanan kerana itulah yang disebut al-Qur'an. Sudah menjadi misi saya untuk menyebarkan kedamaian di seluruh dunia.
Malangnya, saya menghadapi pengkritik yang cuba menghalang saya daripada menjalankan misi saya.
Seperti yang anda perhatikan sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya dituduh menyebabkan masalah perkauman di negara ini dan pengkritik saya telah menggunakan ayat terpilih yang diambil di luar konteks dan menambah rekaan yang aneh ke dalamnya.
Hari ini, saya telah menjelaskan pendirian saya kepada polis.
Bagaimanapun, saya sedih bahawa episod ini telah menyebabkan ramai orang bukan Islam telah menganggap saya sebagai seorang yang rasis.
Apa yang merisaukan saya mereka yang terluka tidak pernah mendengar ucapan saya tetapi hanya berdasarkan tanggapan mereka terhadap petikan (ucapan) di luar konteks.
Yang membimbangkan bagi saya kerana ia membawa kemudaratan kepada imej Islam dan berfungsi untuk membuat orang jauh daripadanya.
Rasisme adalah kejahatan, saya tegas mengenainya, sama seperti al-Quran, dan ia adalah bertentangan dengan segala apa yang saya berdiri sebagai pendakwah Islam.
"Ingatlah. Tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang ajam (bukan Arab) dan bagi orang ajam atas orang Arab, tidak ada kelebihan bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, bagi orang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan.”
Allah berfirman: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)". (Al-Quran 49:13)
Walaupun saya telah menjelaskan pendirian saya, namun, saya merasakan saya perlu meminta maaf kepada semua pihak yang terkesan salah faham ini.
Saya tidak mahu mana-mana daripada anda menyimpan perasaan sakit terhadap saya. Ia bukan niat saya untuk mengganggu mana-mana individu atau masyarakat.
Ia bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam, dan saya ingin memohon maaf atas salah faham ini.
Pada masa yang sama, dengan rendah hati saya merayu anda semua terutamanya kepada orang bukan Islam.
Sila luangkan masa untuk mendengar ucapan saya secara keseluruhannya. Syarahan saya di YouTube, Peace TV, dan aplikasi mudah alih TV Peace.
Akhir sekali, saya sangat tersentuh oleh beratus-ratus ribu orang yang menyokong saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Jazaak Allaahu Khairan. Semoga Allah membalas anda semua dengan kebaikan.
[Baca kenyataan asal dalam bahasa Inggeris]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Lebih 700 orang telah mati akibat suhu terlampau panas selama tiga hari berturut-turut di selatan Pakistan, menurut kenyataan dari kerajaa...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas ...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.