Friday, September 13, 2019

'Klepto-teokrasi, bunuh diri' - PH bidas pakatan Umno-PAS


Dengan kurang 24 jam sebelum Umno dan PAS memeterai piagam untuk penyatuan ummah, pemimpin Pakatan Harapan menyuarakan pandangan mereka mengenai perkahwinan politik antara dua parti Melayu-Islam terbesar di negara ini.

Lim Kit Siang tertanya-tanya siapa bakal menjadi perdana menteri sekiranya pakatan itu memenangi pilihan raya umum akan datang dan menyebut tiga calon berpotensi - bekas Perdana Menteri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB, pemimpin terpalit rasuah iaitu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin penyokong Islam korup Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Jadi siapa calon perdana menteri untuk pakatan klepto-teokrasi Umno-PAS - Najib sekali lagi atau Hadi atau Zahid?

"Atau mereka tidak berani bercakap mengenainya dan mahu terus memesongkan rakyat Malaysia?" katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy percaya bahawa pakatan itu dalam "misi bunuh diri" buat Umno.

"PAS, sebagai parti politik yang oportunis dan mementingkan diri sendiri, tidak akan kehilangan apa-apa dalam permainan ini.

"Apa cara lebih baik untuk membunuh Umno sebelum menjadikan PH sasaran mereka.

"Bagi PAS, piagam itu mungkin cara untuk metangka tindakan seterusnya tetapi, malangnya buat Umno, piagam itu akan membunuh diri dari segi politik," katanya dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula meramal kerjasama antara Umno dan PAS itu tidak akan bertahan dalam tempoh yang lama.

Katanya, ini kerana, mereka turut memecah belah ummah dengan saling kafir-mengkafir selepas kegagalan kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam itu pada tahun 1980-an.




“Seperti juga 'perkahwinan' Umno-PAS yang lepas, kerjasama kali ini juga akan terburai. Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu.

“Apabila strategi politik ini tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir-mengkafir seperti dulu,” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-