Friday, October 11, 2019

Baik, buruk Belanjawan 2020

Robin Augustin
-October 11, 2019 8:51 PM


PETALING JAYA: Ahli ekonomi dari dua badan pemikir kecewa Belanjawan 2020 masih menekankan kaum, mengatakan belanjawan nasional sepatutnya disesuaikan ke arah inisiatif berasaskan keperluan.

Bercakap kepada FMT, Ramon Navaratnam dan Carmelo Ferlito juga berkata belanjawan yang dibentangkan hari ini tidak cukup menarik namun ia sudah dijangka memandangkan kekangan kerajaan.

“Ia hampir-hampir belanjawan pengukuhan,” kata Navaratnam dari Institut Strategi dan Kepimpinan Asia.

Beliau bagaimanapun menambah kerajaan tidak berhabis wang walaupun belanjawan itu sedikit mengembang adalah perkara yang baik.

Beliau menyambut baik band cukai pendapatan sebanyak 30% ke atas mereka yang memperoleh RM2 juta setahun.

“Ini adil dari segi perkongsian kekayaan.”

Tetapi beliau berkata masih terdapat banyak inisiatif berasaskan kaum dan kekurangan penekanan ke atas insiatif berasaskan keperluan.

“Jika kerajaan tiada wang sekurang-kurangnya buatlah perubahan struktur.”

Ferlito, daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata kerajaan patut beralih daripada inisiatif berasaskan kaum.

Beliau menggambarkan belanjawan itu sebagai “belanjawan berprofil rendah”.

“Tiada apa-apa yang revolusi atau radikal.”

Beliau berkata kerajaan terlepas peluang untuk mereformasikan sistem cukai dengan mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan tidak memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Tetapi apa yang bagus adalah kerajaan menaikkan peruntukan kepada pendidikan dan tumpuan pada Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET).”

Ferlito bagaimanapun “hairan” kerajaan meneruskan perlaksanaan cukai digital pada 2020 dan dalam masa sama memperkenalkan insentif untuk sektor digital.

“Dari segi itu cukai digital bersifat menghalang.”

Sementara itu, ahli ekonomi Barjoyai Bardai berkata belanjawan itu keseluruhannya “sangat bagus” memandangkan kekangan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan menyentuh semua aspek, terutama tumpuan pada sektor digital dan Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40),

“Ia bukan belanjawan yang tumpu pada perniagaan besar tetapi perusahaan kecil dan sederhana,” kata Barjoyai dari Universiti Tun Abdul Razak.

Beliau berkata perincian perlu ke atas beberapa inisiatif seperti modal insan.

Beliau berkata kerajaan menunjukkan ia serius dalam melabur ke atas modal insan apabila ia mengumumkan insentif bagi membantu siswazah menganggur dan wanita yang sudah meninggalkan tenaga kerja.

“Walaupun peruntukan untuk inisiatif berlainan itu tidak besar, ia menanam benih untuk langkah-langkah akan datang.

“Kesan pelbagai inisiatif mungkin tidak akan nampak serta-merta tetapi dalam belanjawan akan datang.”

Barjoyai berkata kekurangan belanjawan itu termasuk diskaun 18% ke atas kadar tol yang diberikan oleh PLUS, yang padanya boleh memberi kesan pada hasil syarikat itu.

Beliau juga bimbang dengan penjualan aset-aset negara yang berterusan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-