Showing posts with label Belanjawan 2020. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan 2020. Show all posts

Monday, October 14, 2019

Sekolah kebangsaan dilayan secara tidak adil, kata Ismail Sabri



PARLIMEN l Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Ismail Sabri Yaakob menuduh kerajaan Pakatan Harapan tidak memberi layanan yang adil kepada sekolah kebangsaan dalam Belanjawan 2020.

Membandingkan, peruntukan RM300 juta kepada 9,000 sekolah kebangsaan dengan RM15 juta untuk diserahkan kepada 60 buah sekolah menengah persendirian Cina, katanya, setiap sekolah Cina itu akan mendapat purata RM250,000 pada tahun 2020.

Jumlah itu, menurutnya, adalah 6.5 kali atau 555 peratus lebih tinggi daripada RM38,172 yang akan diterima oleh setiap sekolah rendah kebangsaan.

“Dan sekiranya pengagihan peruntukan ini dihitung berdasarkan bilangan kelas, 1 kelas sekolah kebangsaan mendapat hanya sebanyak RM1,986 peruntukan naik taraf.

“Sedangkan 1 kelas SJKC mendapat sebanyak RM2,602 dan SJKT mendapat sebanyak RM11,299,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Justeru, kata pemimpin Umno itu, pembahagian peruntukan kewangan perlu dilaksanakan secara lebih adil dan berpadanan haruslah berpandukan bilangan sekolah dan jumlah pelajar.

“Bukannya sekadar bersifat pukul rata...

“Kalau konsep kesamarataan itu digunakan, tentu sekolah kebangsaam dapat banyak, sekarang dasar tidak sama rataan dilaksanakan, dasar tidak adil dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Shahidan Kassim (BN-Arau) mencelah dan berkata bahawa belanjawan untuk pendidikan harus diperuntukkan mengikut komposisi kaum di negara ini.

“Jumlah penduduk negara ini, bumiputera 70 peratus, 22.8 peratus Cina, 6.9 peratus India.

Apa asas digunakan untuk beri bantuan pendidikan, mengapa tidak ikut asas penduduk,” soalnya.

[Baca berita penuh]

Saturday, October 12, 2019

Bajet 2020: Belanjawan DAP untuk Bangsa DAP

By EDITOR
     -12/10/2019

Ketua Pembangkang itu berkata, DAP adalah watak utama yang dilihat telah membuat perancangan rapi terutama dalam mengganggu gugat hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

BELANJAWAN kali ini menjurus kepada belanjawan DAP untuk bangsa DAP bukan belanjawan kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Peruntukan besar kepada SKJC dan Sekolah Persendirian Cina adalah sangat tidak wajar.

Ianya tidak adil dan saksama serta membuktikan bahawa menteri-menteri Melayu PH gagal membawa suara orang Melayu dan mempertahankan hak orang Melayu.

Begitu juga denga peruntukkan RM100 juta skim mikro kredit khas untuk kaum Cina. Ianya belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Kalah tauke-tauke besar dimonopoli kaum Cina dibantu kerajaan, perniagaan kecil dan sederhana kaum Cina pun diberikan pelbagai bantuan, apa akan jadi pada nasib peniaga Melayu?

Peruntukan belanjawan ini adalah sangat melampau dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ternyata agenda DAP dalam membela nasib kaum Cina dan menindas orang Melayu begitu jelas diperlihatkan di dalam Bajet 2020.

Jangan sesekali kita tertipu dengan angka RM1.3 billion peruntukan untuk agama Islam atau kenaikan RM100 elaun guru KAFA atau peruntukan RM10 juta untuk Mujahid belanja bagi membuat program “Rahmat Lil Alamin”.

Kesemua ini akan dimomokkan oleh Lim Guan Eng kononnya Islam dan Melayu turut dibela namun relitinya ini semua hanyalah sandiwara dan “carmouflage” semata-mata.

Peruntukan RM138 juta untuk pembangunan belia negara adalah satu lagi perkara gila apabila ianya bakal disalurkan kepada Kelab Pemuda Belia (YPC) iaitu kelab setahun jangung ciptaan YB MenterI Belia & Sukan yang dianggotai oleh Pemuda ARMADA PPBM.

YPC langsung tidak mempunyai “track record” dalam menguruskan belia, malah kepimpinan, keahlian dan aktiviti YPC juga tidak siapa yang tahu.

Sewajarnya kerajaan menyalurkan kepada badan rasmi belia dan orang muda ialah Majlis Belia Malaysia yang dianggitai lebih dari 40 badan-badan gabungan belia dengan ribuan cawangan seluruh Malaysia sebagaimana yang sudah termaktub dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Sekali lagi lim Guan Eng dan barisan kepimpinan kerajaan PH hari ini menggunakan kuasa mereka bagi mengkayakan bangsa Cina dan kroni-kroni mereka.

Mereka lebih mengutamakan agenda politik daripada agenda memperkasa ekonomi negara, membela nasib rakyat dan memastikan kestabilan dan keharmonian negara terus diperlihara.

AZDY MOHD ARSHAD,
Ketua Penerangan GPMS Pulau Pinang.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Usahawan Bumiputera patut dapat lebih dari komuniti Cina

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
12/10/2019

Peruntukan 'tidak saksama' dalam Belanjawan 2020 perlu dijawab


BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Belanjawan 2020 tidak mencerminkan idea Wawasan Kemakmuran Bersama apabila kerajaan memperuntukan penjanaan usahawan Bumiputera hanya RM50 juta berbanding peruntukan pinjaman sebanyak RM100 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina.

Membangkitkan perkara itu, Penganalisis Center of Alternative Policies in Economic (PACE), Akbar Abd Rahman berkata, persoalan demikian adalah penting yang perlu dijawab oleh Kementerian Kewangan.

“Peruntukan itu perlu saksama dan saya rasa itu terma yang penting. Saksama bermaksud kita perlu memberi bantuan lebih kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Sekiranya fokus untuk memberi bantuan kepada Bumiputera contohnya, pertama yang perlu dilihat berapa ramai bilangan Bumiputera, kedua tahap kemahiran dan kemampuan mereka. Sudah tentu jika kemampuan mereka lebih rendah maka perlu diberi banyak fokus dan peruntukan.

“Jadi secara jelas ada perkara-perkara yang kurang saksama dalam belanjawan ini dan saya rasa ini antara soalan yang perlu dilontarkan kepada pihak kementerian,” katanya dalam temu bual Analisis Belanjawan 2020 (Suara Rakyat Suara Bajet), menerusi TV Pertiwi semalam.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020 semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk program keusahawanan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM100 juta bagi pinjaman perniagaan kecil di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina melalui Bank Simpanan Nasional dan RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India TEKUN Nasional, masing-masing pada kadar faedah sebanyak empat peratus.

Dalam pada itu, Akbar menyifatkan, Belanjawan 2020 dibentangkan Guan Eng semalam masih lagi kurang jelas hala tuju kerajaan dari aspek ekonomi.

Penganalisis itu berkata, jika dilihat pada keadaan ekonomi semasa negara dan kewangan kerajaan sebelum ini sebenarnya banyak bergantung kepada beberapa sektor.

“Kita tahu sebelum ini ada usaha untuk mempelbagaikan sektor ekonomi dan sumber kewangan kerajaan. Jadi dengan peralihan kerajaan, apa yang diharapkan oleh para pelabur dan juga masyarakat secara umumnya adalah untuk dilihat di manakah hala tuju kerajaan.

“Adakah ingin membangunkan sektor-sektor yang baharu atau sektor-sektor sedia ada dikembangkan lagi dan sebagainya,” katanya.

Belanjawan 2020 masih pinggirkan Kelantan

NUR HASMIRA MOHAMAD
12 OCTOBER 2019


KUALA LUMPUR:  Belanjawan 2020 masih meminggirkan wilayah Pantai Timur seperti Kelantan kerana tiada peruntukan projek khusus untuk negeri tersebut.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhannya rakyat Kelantan sangat berdukacita dengan pembentangan belanjawan kali ini sama seperti tahun

Katanya, tiada pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan kali ini yang menyentuh mengenai pemberian royalti petroleum sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

"Kita dapati keseluruhan kawasan wilayah Sabah dan Sarawak sangat baik dan bantuan kepada petani dan nelayan nampaknya kali ini dia beri perhatian tetapi dalam konteks pembangunan wilayah seperti Pantai Timur sangat mengecewakan.

"Negeri Pahang ada satu projek pelabuhan, di Terengganu hanya projek untuk sebuah sekolah Perlis, negeri-negeri ini masih lagi dianggap miskin masih lagi tidak ada sebarang peruntukan besar kecuali Sabah dan Sarawak.

Saya rasa belanjawan kali ini hanya menumpukan pembangunan di Pantai Barat (iaitu) negeri-negeri dah maju tanpa beri perhatian kepada Pantai Timur," ujarnya.

Beliau yang ditemui Harakahdaily di lobi parlimen tidak menafikan peruntukan untuk wilayah Sabah dan Sarawak namun tumpuan peruntukan kerajaan hanya tertumpu kepada pembangunan infrastruktur meskipun negeri itu masih ketinggalan mengecapi kemudahan asas.

"Nampaknya kerajaan masih lagi beri peruntukan besar kepada perbelanjaan mengurus berbanding pembangunan.

"Kita akan ambil bahagian dalam perbahasan nanti untuk beri perhatian kepada soal-soal yang perlu diberi keutaman oleh kerajaan dalam sesi perbahasan akan datang ini," tambahnya.

– HARAKAHDAILY 12/10/2019

Belanjawan 2020: PH tak serius bantu peneroka Felda

FMT Reporters
-October 12, 2019 10:34 AM

PH dikatakan tidak berusaha mengimbangi ketidakstabilan harga sawit beberapa tahun kebelakangan ini.

PETALING JAYA: Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) menyifatkan Belanjawan 2020 tidak menggambarkan keseriusan kerajaan Pakatan Harapan mengimbangi dan membantu warga Felda ke arah kehidupan yang lebih baik.

Presidennya Naraza Muda berkata PH tidak berusaha menghapuskan hutang peneroka yang mencecah RM7.5 bilion dan tiada peruntukan kursus untuk peneroka menghadapi ketidakstabilan harga sawit beberapa tahun kebelakangan ini.

“Dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM810 juta ia tidak mengembirakan 112,635 peneroka serta 2 juta warga Felda.

“Daripada peruntukan RM810 juta, perbelanjaan belanjawan ini diagih kepada lima kluster tertentu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Lim Guan Eng berkata, peruntukan tersebut diperuntukkan kepada lima perkara antaranya RM250 juta untuk program bagi meningkatkan pendapatan 11,600 peneroka di seluruh negara.

Kedua, RM300 juta untuk hapus kira faedah pinjaman peneroka, ketiga; RM100 juta bagi bekalan air Felda, keempat; RM70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka dan RM90 juta untuk menaik taraf jalan dan infrastruktur asas di kawasan Felda.

Naraza berkata bagi program meningkatkan pendapatan peneroka, hanya 11,600 peneroka terlibat sedangkan jumlah keseluruhan peneroka 112,635 orang dengan peruntukkan RM250 juta.

“Kenapa hanya sebahagian kecil? Bagaimana dengan 101,035 peneroka lagi,” soalnya.

Tambahannya, bagi penghapusan kira faedah pinjaman juga menimbulkan pertanyaan sama ada ia dari akaun pembangunan tanam semula atau akaun pinjaman sosial.

“Jika dari akaun pembangunan ladang peneroka apakah penghapusan kira ini hanya melibatkan faedah 6.25% yang dikenakan sebelum ini?”

Bagi RM70 juta untuk perumahan generasi baru, kata Naraza, isu itu sangat kritikal dengan anggaran RM1 bilion diperlukan.

Mengulas menaik taraf jalan dan infrastruktur, katanya, ia adalah perbelanjaan biasa dan tiada yang dapat dibanggakan. Namun beliau menyambut baik peruntukan Rm100 juta bagi bekalan air.

RM8 bilion untuk Institusi Bumiputera bantu kurangkan ketidaksamaan pendapatan

Bernama


Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan peruntukan untuk pembangunan ekonomi Bumiputera adalah sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia 2030 yang menumpukan kepada peningkatan kuasa beli rakyat serta mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dan jurang perbezaan wilayah.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Emeritus Mohd Azraai Kassim berkata oleh kerana pendapatan isi rumah di kalangan masyarakat Bumiputera masih rendah berbanding kumpulan etnik lain, peningkatan jumlah peruntukan dapat meningkatkan penyertaan ekonomi majoriti etnik.

“Tinjauan Ekonomi 2020 melaporkan bahawa graduan Bumiputera mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai kerana beberapa faktor, termasuk kemahiran interpersonal yang lemah dan kurang kemahiran berbahasa Inggeris.

“Dalam pada itu, terdapat ketidakserasian antara kemahiran yang diperlukan oleh industri dan kelayakan yang diperolehi oleh graduan Bumiputera. Pada masa yang sama, penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan mahir dan profesional di peringkat membuat keputusan dan pengurusan masih rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini .

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 hari ini berkata kerajaan telah menambah peruntukan untuk membantu institusi dan usahawan Bumiputera daripada RM7.6 bilion dalam Belanjawan 2019 kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020.

Menurut Mohd Azraai, memandangkan senario semasa dihadapi masyarakat Bumiputera, kerajaan mengambil langkah yang betul dengan memperuntukkan dana besar kepada institusi pendidikan Bumiputera utama seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), UiTM dan Yayasan Peneraju.

“Peningkatan peruntukan untuk UiTM dapat meningkatkan program berkaitan pendidikan sains dan teknologi dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 dan 5.0.

“Ini seterusnya akan memastikan pembangunan modal insan melalui penawaran program yang disesuaikan dengan keperluan industri, lebih banyak sumber untuk UiTM bermakna lebih banyak kerjasama antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta universiti dari segi menjalankan penyelidikan bersama mengenai teknologi, dan inovasi produk. Langkah ini dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan PKS, ” katanya.

Mohd Azraai kemudian berkata dana tambahan untuk membantu PKS dan usahawan Bumiputera boleh merangsang lebih banyak projek perniagaan yang memastikan perniagaan kekal mapan di tengah ketidakpastian ekonomi global.

“Peluang yang diberikan kepada kontraktor untuk memperoleh sekurang-kurangnya 30 peratus daripada tender menteri memberi galakan kepada mereka untuk membuktikan nilai mereka dan meningkatkan daya saing bagi mendapatkan agihan tersebut.

“Semua ini akan membawa kepada kesan berganda dalam ekonomi. Bukan sahaja perniagaan Bumiputera kekal mapan, lebih banyak perbelanjaan pelaburan akan dihasilkan dan lebih banyak pekerjaan dijana daripada peningkatan aktiviti perniagaan yang meghasilkan lebih banyak perbelanjaan penggunaan dan peningkatan KDNK dari kedua-dua komponen .

“Pendek kata, peningkatan peruntukan dana untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera daripada RM7.6 bilion pada 2019 kepada RM8 bilion pada tahun 2020 adalah dipuji,” katanya.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/rm8-bilion-untuk-institusi-bumiputera-bantu-kurangkan-ketidaksamaan-pendapatan/

Friday, October 11, 2019

Baik, buruk Belanjawan 2020

Robin Augustin
-October 11, 2019 8:51 PM


PETALING JAYA: Ahli ekonomi dari dua badan pemikir kecewa Belanjawan 2020 masih menekankan kaum, mengatakan belanjawan nasional sepatutnya disesuaikan ke arah inisiatif berasaskan keperluan.

Bercakap kepada FMT, Ramon Navaratnam dan Carmelo Ferlito juga berkata belanjawan yang dibentangkan hari ini tidak cukup menarik namun ia sudah dijangka memandangkan kekangan kerajaan.

“Ia hampir-hampir belanjawan pengukuhan,” kata Navaratnam dari Institut Strategi dan Kepimpinan Asia.

Beliau bagaimanapun menambah kerajaan tidak berhabis wang walaupun belanjawan itu sedikit mengembang adalah perkara yang baik.

Beliau menyambut baik band cukai pendapatan sebanyak 30% ke atas mereka yang memperoleh RM2 juta setahun.

“Ini adil dari segi perkongsian kekayaan.”

Tetapi beliau berkata masih terdapat banyak inisiatif berasaskan kaum dan kekurangan penekanan ke atas insiatif berasaskan keperluan.

“Jika kerajaan tiada wang sekurang-kurangnya buatlah perubahan struktur.”

Ferlito, daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata kerajaan patut beralih daripada inisiatif berasaskan kaum.

Beliau menggambarkan belanjawan itu sebagai “belanjawan berprofil rendah”.

“Tiada apa-apa yang revolusi atau radikal.”

Beliau berkata kerajaan terlepas peluang untuk mereformasikan sistem cukai dengan mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan tidak memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Tetapi apa yang bagus adalah kerajaan menaikkan peruntukan kepada pendidikan dan tumpuan pada Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET).”

Ferlito bagaimanapun “hairan” kerajaan meneruskan perlaksanaan cukai digital pada 2020 dan dalam masa sama memperkenalkan insentif untuk sektor digital.

“Dari segi itu cukai digital bersifat menghalang.”

Sementara itu, ahli ekonomi Barjoyai Bardai berkata belanjawan itu keseluruhannya “sangat bagus” memandangkan kekangan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan menyentuh semua aspek, terutama tumpuan pada sektor digital dan Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40),

“Ia bukan belanjawan yang tumpu pada perniagaan besar tetapi perusahaan kecil dan sederhana,” kata Barjoyai dari Universiti Tun Abdul Razak.

Beliau berkata perincian perlu ke atas beberapa inisiatif seperti modal insan.

Beliau berkata kerajaan menunjukkan ia serius dalam melabur ke atas modal insan apabila ia mengumumkan insentif bagi membantu siswazah menganggur dan wanita yang sudah meninggalkan tenaga kerja.

“Walaupun peruntukan untuk inisiatif berlainan itu tidak besar, ia menanam benih untuk langkah-langkah akan datang.

“Kesan pelbagai inisiatif mungkin tidak akan nampak serta-merta tetapi dalam belanjawan akan datang.”

Barjoyai berkata kekurangan belanjawan itu termasuk diskaun 18% ke atas kadar tol yang diberikan oleh PLUS, yang padanya boleh memberi kesan pada hasil syarikat itu.

Beliau juga bimbang dengan penjualan aset-aset negara yang berterusan.

‘Semua gembira, hampir semua orang dapat sesuatu’


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata semua orang gembira dengan pembentangan Belanjawan 2020 hari ini.

“Rakyat gembira.

"Hampir semua orang dapat sesuatu,” kata Mahathir kepada pemberita selepas pembentangan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebentar tadi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai bagaimana beliau melihat belanjawan kali ini yang boleh mengubah sentimen rakyat yang kadang-kala tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Belanjawan 2020 menyaksikan penurunan sebanyak 5.57 peratus iaitu RM297.020 bilion berbanding peruntukan sebanyak RM314.55 bilion pada Belanjawan 2019.

Bagaimanapun, difahamkan kerajaan tidak mengurangkan perbelanjaan operasi biasa dan perbelanjaan pembangunan.

Menurut Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan telah membentangkan Belanjawan 2020 dengan menyediakan peruntukan tambahan meskipun kerajaan sedang menanggung bayaran hutang.

Katanya, ini dapat dilihat melalui prestasi ekonomi tahun ini yang menyaksikan pertumbuhan 4.7 peratus dan menjangkakan ia akan meningkat kepada 4.8 peratus pada 2020.

"Ini bermakna susulan pemerintahan masih berjalan dengan baik walaupun kita terpaksa membersihkan kerajaan. Tapi ini tak bermakna kerajaan tak dapat berjalan dengan baik.

"Ramai yang berpendapat kerajaan PH ini tak berpengalaman dan tak mungkin mentadbir dengan baik.

"Tapi sepertimana yang kita dengar tadi (sewaktu pembentangan), peruntukan tambahan diberikan kepada semua pihak," katanya.

Kakitangan awam dapat bonus RM500, pesara RM250


Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran bonus atau bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

“Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka.

“Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.
“Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 yang bertemakan “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” di Dewan Rakyat petang ini.

Menurutnya, kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019.

Selain itu, katanya, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, kerajaan akan menambah baik saraan penjawat awam.

“Pertama, menaikkan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.

“Kedua, membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

“Ketiga, menawarkan perlindungan kemalangan diri berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baru kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA),” katanya.

Sebagai tambahan, Lim berkata, bagi membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, kerajaan antara lain akan juga memperkenalkan pembayaran faedah ex-gratia kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.

“Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG)

kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan,” katanya.

Dalam pada itu, Lim berkata Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Jan, 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan RM26 juta.

Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, semua anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat bakal menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan RM35 juta bagi 2020, yang memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.

"Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan RM35 juta," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-