Thursday, December 12, 2019

Penyokong Anwar gesa peguam Yusoff Rawther ‘berambus’ dari Perda, P Pinang

Predeep Nambiar
-December 12, 2019 2:16 PM

Pro ’98 Reformis Malaysia mengadakan sidang media di Pulau Pinang hari ini bagi menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim susulan siasatan jenayah yang dimulakan Bukit Aman.

BUKIT MERTAJAM: Sekumpulan penyokong tegar Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan tindakan peguam Haniff Khatri Abdullah mewakili seorang bekas kakitangan presiden PKR itu atas dakwaan salah laku seks yang sedang disiasat Bukit Aman.

Pro ’98 Reformis Malaysia mendakwa Haniff sengaja terbabit dalam “mainan politik kotor” dengan mewakili Muhammed Yusoff Rawther yang disoal siasat polis kerana mendakwa Anwar mencabul kehormatannya tahun lalu.

Kumpulan itu turut menggesa Haniff meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

“Jika Haniff tidak mahu menghentikan politik kotor ini, beliau patut meletak jawatan dalam Perda dan berambus dari Pulau Pinang,” kata jurucakap kumpulan itu, Amir Ghazali di Yayasan Aman.

Beliau berkata, Haniff sepatutnya memfokuskan pembaharuan ke atas Perda.

Beliau mempertikaikan dakwaan Haniff yang beliau bertindak secara profesional.

“Adakah beliau ingin jawatan yang lebih besar dari pimpinannya?

“Beliau nampaknya lebih rela menggunakan kepakarannya guamannya untuk menjadi alat perkakas pimpinan tertentu.”

Amir mempersoalkan jika Haniff yang mewakili Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, diberikan peranan untuk merosakkan imej Anwar.

“Haniff perlu tanya dirinya, siapa yang diwakilinya? Beliau ialah pengerusi badan persekutuan, bolehkah beliau membuat sesuatu seperti itu?”

Haniff sebelum ini menolak teori konspirasi mengaitkan Mahathir sebagai dalang di sebalik kes Yusoff.

Yusoff, 26, ialah pembantu penyelidik di pejabat Anwar di Petaling Jaya sehingga awal tahun ini, apabila beliau mendakwa diserang setiausaha politik ahli Parlimen Port Dickson itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Farhash bagaimanapun menafikan dakwaan itu, tetapi Yusoff memfailkan saman sivil terhadap Farhash.

Yusoff dalam sidang media yang disiarkan di Facebook Live pada 4 Dis lalu mendakwa seorang ahli politik kanan melakukan jenayah terhadapnya yang disifatkan “tidak Islamik, perbuatan keji, teruk, tersembunyi dan berbahaya, serta tidak bermoral”.

Anwar menolak dakwaan dalam akuan berkanun Yusoff dengan berkata, ia adalah cubaan untuk mencemarkan reputasinya dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemuda itu.

Bukit Aman sudah 2 kali mengambil keterangan Yusoff.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-