Tuesday, December 17, 2019

'Permohonan semakan Azilah didengar di Mahkamah Persekutuan'

Hariz Mohd
Diterbitkan Hari ini 2:36 tengahari

BERITA

Permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM Azilah Hadri untuk menyemak semula keputusan yang mensabitkannya atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada April tahun depan, menurut peguamnya.

J Kuldeep Kumar (gambar) yang mewakili Azilah memberitahu pemberita bahawa mahkamah tertinggi itu telah menetapkan 20 April 2020 untuk mendengar kes itu.

Dia juga mengesahkan bahawa Azilah memfailkan permohonan itu minggu lalu, termasuk akuan bersumpah (SD) yang antara lain mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkannya untuk membunuh Altantuya pada 2006.

"Ya, kami mengesahkan (telah memfailkan) permohonan Peraturan 137. Ia adalah permohonan semakan yang disokong oleh afidavit dan SD," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman di Putrajaya.

"Kami ingin mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan (yang mensabitkan Azilah dan menjatuhkan hukuman mati) dan memohon perbicaraan semula," katanya lagi.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-