Sunday, January 26, 2020

Coronavirus: 2 orang tempatan, 2 warga China dalam wad isolasi di hospital

BERITA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat ini empat individu telah dikuarantin di hospital selepas disyaki dijangkiti coronavirus.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka - dua warga tempatan dan dua warga China - diletakkan dalam isolasi di hospital berasingan dan keputusan makmal mereka akan diketahui dalam masa terdekat.

"Kesemua empat kes positif dalam keadaan stabil dan sedang dipantau dalam wad isolasi di hospital-hospital KKM yang telah dikenal pasti sebagai hospital rujukan bagi 2019-nCoV (coronavirus)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Empat kes itu, menurut Noor Hisham, adalah sebahagian daripada 23 kes patient under investigation (PUI) jangkitan novel coronavirus, yang turut merangkumi seorang warga China yang didapati positif, serta 18 orang lagi termasuk 12 warga Malaysia, yang didapati negatif.

"Mengambil kira situasi semasa, KKM terus mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit novel coronavirus.

"Kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes. Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurang 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari China," katanya lagi.

Baca: Wabak coronavirus: Apa yang kami tahu setakat ini

Semalam, KKM dalam sidang media mengesahkan kes jangkitan coronavirus pertama dalam negara, melibatkan empat warga China yang masuk melalui Singapura.

Pihak berkuasa juga menahan pasangan warga China bersama anak perempuan berusia dua tahun, ketika cuba meninggalkan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas enggan memasukkan anak mereka di wad pengasingan di Johor.

Setakat ini, angka kematian akibat virus itu di China mencecah 56 orang, dengan lebih 2,000 orang mendapat jangkitan di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-