Thursday, January 9, 2020

Telefon Najib diintip, warga maya soal hak privasi rakyat

OLEH ABDUL RAHIM SABRI
Khamis, 09 Jan 2020 08:59 AM MYT

Warga maya bimbang apabila inti perbualan telefon semua pihak boleh dijadikan bahan peras ugut orang tertentu kemudian hari. 
Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Seorang pengguna Facebook menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan perbualan Datuk Seri Najib Razak dirakam dan diintip pihak tertentu.

Ab Jalil Backer menegaskan tindakan terhadap bekas perdana menteri tanpa kelulusan hakim dianggap jenayah dan boleh mengancam keselamatan negara.

Justeru, beliau mengesyorkan agar Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat pengintipan pihak berkuasa.

“Jika mereka boleh merakam perbualan telefon PM maka semua perbualan telefon menteri, panglima Angkatan Tentera, duta negara asing, pemimpin industri dan perniagaan boleh dirakam.

“Ini bukan sahaja melanggar undang-udang perlindungan data peribadi, malah satu ancaman kepada kebebasan rakyat,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook.

Ab Jalil mengakui bimbang apabila inti perbualan telefon semua pihak boleh dijadikan bahan peras ugut orang tertentu kemudian hari.

Maka, beliau mengesyorkan agar polis menyerbu dan menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak “bukti operasi gelap pasukan itu dimusnahkan”.

Ab Jalil mengulas pendedahan sembilan klip audio 45 minit yang diperolehi SPRM namun enggan mendedahkan siapa dan bagaimana klip audio itu diperoleh.

Beberapa rakaman itu berkait Najib dan bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad serta individu lain yang didakwa berpakat sulit untuk menutup kes 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-