Thursday, March 5, 2020

Abdul Karim: Kejatuhan kerajaan PH bikinannya sendiri

@news
-March 5, 2020


MIRI: Kejatuhan kerajaan PH ialah bikinan mereka sendiri, jadi para pemimpinnya tidak harus menyalahkan pihak lain atas nasib yang menimpanya.

Menurut Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, dalang utama di sebalik kejatuhan PH dan pergolakan politik selama seminggu ialah DAP dan PKR.

“Ini bermakna kejatuhan PH ialah hasil kerja mereka sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan GPS,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada kedua-dua parti itu kerana menjatuhkan kerajaan sendiri.

Selepas Bersatu keluar daripada PH, perikatan itu hanya terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah. PH hanya berjaya memerintah selama 22 bulan selepas menumbangkan BN yang memerintah 61 tahun pada PRU-14.

Kejadian itu menyaksikan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, dan kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

“Mereka yang bersalah, jadi mengapa hendak salahkan GPS,” tegas Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-