Thursday, March 12, 2020

MB Perak Masih Belum Di Namakan


IPOH- Menteri Besar ke-13 yang bakal menerajui negeri Perak masih belum dinamakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Perak (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN) Perak telah menyerahkan kepada Baginda warkah untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar yang baru.

“Pada petang ini dan kami menyembahkan sepucuk warkah buat Tuanku supaya baginda perkenankan pilihan seorang Menteri Besar baru bagi Negeri Perak.

“Kami tidak berhajat untuk berkata lebih daripada itu selain daripada ingin menyampaikan warkah yang telah kami persembahkan telahpun diperkenankan oleh baginda untuk dikongsi.

“Menurut tuanku nama belum diputuskan, perkara ini terpulang kepada Tuanku,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta hari ini.

Menurut beliau, ktiga-tiga parti mencadangkan tiga nama untuk Tuanku pilih sebagai Menteri Besar iaitu beliau sendiri, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Tambah beliau mewakili kepimpinan PN, beliau berharap semua rakyat dapat bersabar dan bertenang sementara menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh Sultan Perak.

“Saya juga ingin menasihati semua rakyat agar bersabar dan bertenang sambil menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh Sultan Perak berkenaan dengan Menteri Besar yang ke-13.

“Saya harap semua kekal sihat dan jaga kesihan seperti titah baginda agar kami semua ahli politik dan rakyat lebih mementingkan kepada kestabilan politik, tidak bercakaran sesama sendiri dan mementingkan keselamatan kesihatan dan buat seluruh rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang sabar menantikan keputusan berkenaan hampir dua minggu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-